172 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus kekal di bawah 500 kes semalam dengan merekodkan 172 termasuk satu kes import, meningkat sedikit berbanding 132 yang dicatatkan kelmarin.

Menurut portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,035,377 iaitu 4,996,773 kes tempatan dan 38,604 kes import.

Pada masa yang sama, sebanyak tiga kematin dilaporkan, kesemua kes berkenaan berlaku di luar fasiliti hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,936 meninggal dunia termasuk 7,869 BID.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis juga turun ke 9,627 kes berbanding 9,783 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,245 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 369 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 13 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICE), dengan 10 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 325 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,988,814 orang.

Kemas kini terbaharu di portal KKMNOW juga menunjukkan jumlah keseluruhan yang menerima dos penggalak pertama sehingga Khamis berjumlah 16,299,287 individu.

Ketika ini, suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di hospital dan klinik KKM serta PPV swasta.

Mereka yang layak boleh mendaftar di MySejahtera untuk janji temu.

Related posts

Leave a Comment