PUTRAJAYA 31 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini masih di bawah 500 kes apabila merekodkan 198 kes tempatan dan empat kes import berbanding 269 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,036,342 Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,997,726 manakala kes import pula 38,616. Dua lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin meningkat kepada 9,539 pertambahan 59 kes…
Read MoreMonth: January 2023
Covid-19 kekal kecemasan antarabangsa
GENEVA: Selepas tiga tahun menular ke seluruh dunia, wabak Covid-19 masih kekal sebagai kecemasan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO mengenai Covid-19 yang diadakan pada Jumaat lalu. Katanya, mesyuarat itu bersetuju bahawa wabak itu masih ada dan akan dianggap kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC), katanya dalam satu kenyataan. Tedros berkata, pihaknya mengakui pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa berkenaan bahawa pandemik itu berada dalam fasa peralihan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengurangkan…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 31.01.2023
MoU kerjasama perlindungan data
PUTRAJAYA 30 Jan. – Malaysia dan Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber serta ekonomi digital. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan hari ini berkata, ia susulan persetujuan kedua-dua negara pada Oktober 2018 untuk meneroka kerjasama dalam ketiga-tiga bidang berkenaan. Katanya, KKD bersetuju dengan cadangan itu, manakala proses mengemas kini dan merangkumkan bidang kerjasama dalam MoU berkenaan dimulakan selepas itu. MoU itu berkuat kuasa serta merta dan akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh 5+5 tahun sehingga Februari 2026, terutama meliputi kerjasama…
Read MoreLetak jawatan Menteri Kewangan, arah Zahid cuti
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyarankan Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Perdana Menteri. Katanya, masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan dan Anwar tidak sepatutnya mengulangi kesilapan seperti skandal 1MDB apabila Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, adalah juga Menteri Kewangan. Muhyiddin juga mencadangkan supaya Anwar mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti sehingga kesnya selesai. “Malulah rakyat Malaysia jika beliau ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan…
Read MoreRundingan lanjut isu tambak Batu Puteh
SINGAPURA: Langkah Singapura menambak kawasan sekitar Batu Puteh akan dibincangkan lebih lanjut dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, beliau membangkitkan perkara itu pada pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam lawatan rasminya ke sini hari ini. “Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sudah tetapkan Batu Puteh milik Singapura, jadi bila ada penambakan itu (di Batu Puteh) bagi Singapura, mereka ikut keputusan perundangan yang sudah diputuskan. Namun Malaysia minta Singapura teliti semula kerana setiap tambakan beri kesan sampingan kepada iklim, persekitaran dan persempadanan negara. Jadi saya dapat peretujuan…
Read MorePelantikan Nurul Izzah satu pengkhianatan
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Amalan nepotisme oleh Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah. Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme. Justeru tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang…
Read MoreMaro: Anak orang tak sama anak kita
PM mulakan lawatan ke Singapura
SINGAPURA 30 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di sini, hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura. Anwar diiringi isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri. Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 9.40 pagi. Ketibaan beliau disambut Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon. Yang turut hadir, Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri,…
Read MoreKhairy tidak pasti laluan untuk menjadi PM
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti tetapi tidak pasti bagaimana laluannya selepas dipecat UMNO pada Jumaat lalu. “Ya, saya masih mahu memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya boleh ke sana, saya tidak tahu,” katanya. Beliau memahami bahawa politik bukanlah jalan yang mendatar dan ada pelbagai halangan yang perlu dilalui sebelum boleh muncul sebagai pemimpin, bukan saja dalam parti malah sebagai pemimpin negara. Khairy pertama kali berkongsi aspirasinya untuk menjadi bakal perdana menteri semasa kempen Pilihan…
Read More