Month: January 2023
Tiada sesiapa akan disisihkan – Khaled
JOHOR BAHRU 30 Jan. – Peralihan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor bukan untuk menguatkan mana-mana kelompok atau kumpulan sebaliknya bagi merawat dan membangunkan semula kekuatan UMNO. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, yang mengambil alih jawatan itu daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata peralihan itu bagi memastikan perpaduan dan kesatuan UMNO Johor tetap terpelihara. Pada masa yang sama, beliau sangat menghargai sumbangan besar Hasni terhadap UMNO Johor dan akan meneruskan kerja baik yang dilaksanakan pemimpin itu. “Ini satu tanggungjawab yang sangat berat dan saya berterima kasih…
Read More269 kes harian Covid-19 di Malaysia
PUTRAJAYA 30 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat sedikit semalam dengan merekodkan 269 kes termasuk tiga kes import berbanding 258 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,140. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah kes tempatan adalah 4,997,528 manakala kes import pula 38,612. Jumlah kematian pula kekal 36,940 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) selepas tiada kematian baharu direkodkan. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Ahad juga turun kepada 9,480 berbanding 9,496 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,088 kes atau…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 30.01.2023
MAIWP rai 100 pasangan pengantin di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang meraikan 500 pasangan pengantin dalam kalangan asnaf, miskin dan mualaf sepanjang tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, melalui skim bantuan perkahwinan itu, MAIWP bukan sahaja akan memberi bantuan kewangan tetapi juga mengadakan kursus tatacara perkahwinan. Di samping itu MAIWP turut mempertimbangkan untuk menyemak bantuan bulanan termasuk bagi skim bantuan perkahwinan mengambil kira keadaan inflasi dan kos semasa yang meningkat. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Walimatul Urus Perdana…
Read MoreSembrong tuntut penjelasan MKT UMNO
SEMBRONG 29 Jan. – UMNO Bahagian Sembrong meminta penjelasan mengenai sebab penggantungan keahlian ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta menuntut semakan hukuman dan proses sewajarnya dilakukan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abd Ghani Abd Rashid, berkata hukuman yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) amat berat tanpa proses sewajarnya termasuk tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin. Justeru , kepemimpinan UMNO Sembrong berharap semakan dapat dilakukan terhadap hukuman ke atas Ketua UMNO bahagian itu. “Mulakan dengan tatacara yang betul, panggil (bela diri), ini proses kena ikut supaya apa yang…
Read MoreAhli UMNO dipecat, digantung dipelawa sertai PUTRA
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mempelawa semua ahli UMNO yang dipecat atau digantung baru-baru ini menyertai parti itu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan nasionalisma Melayu-Islam. Presiden PUTRA, Dr Ibrahim Ali berkata, PUTRA juga terbuka kepada anggota parti lain yang kecewa serta mereka yang belum atau tidak berparti. “PUTRA membuka pintu seluas luasnya kepada anda semua, kerana kami berlapang dada dan menerima sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menyertai parti ini asalkan orang Melayu, Pribumi dan beragama Islam,” katanya. Malahan kepemimpinan PUTRA sekarang bersedia memberi laluan kepada muka-muka…
Read MoreHajiji bakal ketuai Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU 29 Jan. – Selepas meninggalkan Bersatu, sebelum itu UMNO, kini Ketua Menteri, Hajiji Noor bakal mengetuai sebuah parti politik yang diberi nafas baharu iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah atau singkatannya Gagasan Rakyat. Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, parti tempatan berkenaan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, tetapi tidak menyatakan maklumat lebih terperinci mengenainya. “Kita akan menggunakan parti ini sebagai platform untuk meneruskan perjuangan sebagai sebuah parti tempatan dan bernaung di bawah GRS,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS, di…
Read MoreBerita pilihan…
UMNO perlu reformasi pulih keyakinan
GUA MUSANG: Bagi meraih semula keyakinan rakyat selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO perlu menjalani reformasi bagi mengubah imej parti, kata veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata UMNO perlu mengubah imej parti dengan mengambil kira pelbagai perkara yang tidak baik berlaku dalam parti itu yang mencerminkan suasana yang tidak manis di mata umum. “Kita kena bangkit sebagai sebuah parti yang kuat. Tidak menumpang orang untuk mendapat sedikit sebanyak pengaruh ataupun kuasa. Kita parti yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebagai parti orang Melayu. “Takkanlah kita berharap…
Read More