Covid-19 kekal kecemasan antarabangsa

GENEVA: Selepas tiga tahun menular ke seluruh dunia, wabak Covid-19 masih kekal sebagai kecemasan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO mengenai Covid-19 yang diadakan pada Jumaat lalu.

Katanya, mesyuarat itu bersetuju bahawa wabak itu masih ada dan akan dianggap kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC), katanya dalam satu kenyataan.

Tedros berkata, pihaknya mengakui pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa berkenaan bahawa pandemik itu berada dalam fasa peralihan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengurangkan sebarang perkara yang negatif daripada berlaku.

Sebelum pertemuan itu, Tedros berkata bahawa fasa kecemasan wabak itu berakhir kerana terdapat peningkatan jumlah kematian serta memberi amaran bahawa tindak balas global terhadap krisis itu ‘masih pincang’.

“Ketika gelombang Omicron melanda dengan lebih 700,000 kematian dilaporkan kepada WHO setiap minggu, bila sudah memasuki tahun keempat pandemik, sudah pastinya kedudukannya jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata , kadar kematian akibat virus pernah menurun di bawah 10,000 pada Oktober, namun penarikan sekatan Covid-19 di China menyebabkan jumlah kematiannya kembali meningkat pada Disember.

Pada pertengahan Januari, hampir 40,000 kematian mingguan Covid-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu separuh membabitkan China, namun menyifatkan ‘jumlah sebenar sudah tentu jauh lebih tinggi.

WHO mengisytiharkan PHEIC selepas Covid-19 atau sebelum ini dikenali sebagai novel coronavirus mula dikesan di China pada 30 Januari 2020.

Pengisytiharan PHEIC dipersetujui di peringkat antarabangsa bagi mencetuskan tindak balas global terhadap wabak berkenaan, Tedros kemudiannya menyifatkan keadaan Covid-19 semakin teruk dan mengisytiharkan ia sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Berikutan itu, banyak negara mula menyedari mengenai bahayanya virus itu dan di peringkat  global, lebih 752 juta kes Covid-19 disahkan termasuk 6.8 juta kematian walaupun berkemungkinan jumlah sebenar lebih tinggi.

Related posts

Leave a Comment