Pelantikan Nurul Izzah satu pengkhianatan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Amalan nepotisme oleh Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme.

Justeru tindakan Anwar  mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.

Katanya , Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri lebih terarah kepada ahli keluarga berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia.

“Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please,” katanya.

Related posts

Leave a Comment