Trend penurunan kes

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,779 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 232,259.kes.

Jumlah kes harian itu menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari ini berbanding jumlah pada hari Khamis 3,183 kes, Jumaat 3,159 dan semalam Sabtu 2,994 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,223 kes dengan 42 lagi kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 62,898 kes aktif di mana 2,245 kes kritikal

Riyadh mendahului dengan 247 kes diikuti Jeddah 191, Hufof 162, Dammam dan Makkah masing-masing 157 kes, Taif dan Khamis Mushait masing-masing mencatatkan 119 kes.

Madinah pula merekodkan 94 kes, naik sedikit berbanding semalam 77 kes.

Sebanyak 1,742 kes dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 167,138 kes

Related posts

Leave a Comment