Ismail Sabri tidak setuju pecat, gantung

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan pemecatan dan penggantungan yang dibuat parti semalam kerana tidak mematuhi proses perundangan. Beliau berkata, wujud kecacatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO semalam. Pada masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan beliau dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin parti juga tidak pernah menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil sebarang tindakan sedemikian. Sebaliknya hanya pemakluman mengenai terdapat laporan dibuat terhadap pemimpin yang dituduh. “Sebagai sebuah parti bertamadun, UMNO mesti…

Read More

Noh kecewa didakwa kena 16 pertuduhan

KUALA LUMPUR 28 Jan. –  Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang,  Noh Omar kecewa dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin mengatakan beliau dikenakan 16 pertuduhan. Menurut Noh kenyataan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri (Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu tidak tepat kerana beliau hanya disabitkan dengan tiga tuduhan. Megat Zulkarnain dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi mendakwa Noh dikenakan 16 pertuduhan kerana mensabotaj parti pada PRU15. Katanya, keputusan menggantung keahlian Noh bukannya disebabkan beliau tidak bersetuju dengan usul tidak mempertandingkan dua jawatan…

Read More

Kalau dah jadi ‘fighter’ takkan ‘gostan’ – Shahril

KUALA LUMPUR 28 Jan. –  Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan tidak akan membuat rayuan terhadap penggantungan keahlian parti selama enam tahun berikutan proses tindakan yang diambil parti itu terhadapnya tidak mengikut prosedur. Menurut bekas Ketua Penerangan UMNO itu, adalah sukar untuk beliau membuat ‘pusingan U’ atau merayu terhadap hukuman yang dikenakan terhadapnya. “Apabila orang cakap buat rayuan, saya ingat rayu pun nak buat rayuan macam mana, sedangkan prosedur asal pun tak betul, takkan rayuan pula tiba-tiba jadi okay. “Mungkinlah mereka mengharapkan kita ‘u turn’, kita berdiam diri, kita ikut.…

Read More

Kesetiaan 23 tahun berakhir dalam sehari

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada sebarang surat tunjuk sebab diberi serta pendengaran daripada Lembaga Disiplin dilakukan, sebelum pemecatannya diumumkan malam tadi. Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, proses pemecatan keahlian partinya tidak mengikut proses biasa, khususnya membabitkan Lembaga Disiplin. “Mengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin. “Secara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya menerusi Insta Story akaun Instagram beliau hari ini. Khairy berkata demikian sebagai respons kepada…

Read More

Hanya sebaris ayat komen Hishammuddin

SEPANG 28 Jan. – Hanya sebaris ayat komen Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian selama enam tahun. “Their evil must not make us lose our good (kezaliman mereka tidak wajar menghapuskan kebaikan kita),” katanya melalui media sosial. Reaksi tersebut disertakan bersama sekeping gambar seperti beliau mententeramkan seseorang dipercayai penyokongnya. Sementara itu, UMNO Bahagian Sembrong akan menyatakan pendirian esok susulan penggantungan ketua bahagian itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid, dilaporkan berkata sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong. “Bagaimanapun, Datuk Seri…

Read More

Terkejut, sedih keputusan MKT UMNO

BATU PAHAT 28 Jan. – Pucuk pimpinan UMNO mempunyai tanggungjawab besar untuk melihat dan mendengar tanggapan umum serta akar umbi berikutan pemecatan dan penggantungan anggota parti itu malam tadi. Menteri Besar,  Onn Hafiz Ghazi, berkata banyak pihak terkejut dan sedih dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), memecat dan menggantung pemimpin parti yang dilihat cenderung mengkritik kepemimpinan Presiden, Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Secara peribadi saya rasa ramai yang terkejut dan sedih dengan apa yang diputuskan semalam. Dari segi persepsi, sudah tentu kita perlu ‘manage’ (urus), sama ada di peringkat ahli parti…

Read More

Bakar satu, 1 juta naskhah al-Quran dicetak

PUTRAJAYA 28 Jan. – Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, pendekatan itu lebih berfaedah sebagai langkah menyebarkan kefahaman mengenai al-Quran supaya kandungannya dapat dihayati semua pihak tanpa mengira latar belakang fahaman dan agama. Selain pembabitan kerajaaan Malaysia dan Yayasan Restu, usaha ini turut memerlukan sokongan serta kerjasama setiap negara Islam. “Kita bantah keras kegilaan manusia yang sanggup membakar kitab suci al-Quran. Daripada membakar satu al-Quran, Insya-Allah Malaysia…

Read More

‘Silap saya kadang kala tidak sehaluan’

JOHOR BAHRU 28 Jan. – Ketua UMNO Bahagian Tebrau,  Maulizan Bujang, reda dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi yang menggantung keahliannya selama enam tahun. “Mungkin silap saya kerana kadang kala tidak sehaluan dengan Presiden. Takpe lah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram itu melalui Facebooknya. Beliau juga menjelaskan tidak dipanggil Lembaga Disiplin parti atau diberi peluang membela diri susulan penggantungan enam tahun yang diputuskan terhadapnya. Maulizan yang mengakui amat menyayangi parti yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara…

Read More

Qobin lepaskan jawatan Exco Pemuda

KUALA LUMPUR 28 Jan. –  Exco Pergerakan Pemuda UMNO,  Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan beliau melepaskan jawatan berkenaan serentak dengan jawatan Ketua Pemuda Lembah Pantai berkuat kuasa serta merta. “Saya lepaskan jawatan sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai serta merta. Terima kasih buat semua sahabat. Kita tetap bersahabat dulu kini selamanya.,” katanya. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Qobin berkata surat peletakan jawatan akan diserahkan dalam tempoh terdekat. Dalam kenyataannya, beliau tidak menyatakan punca keputusan tersebut dibuat,tetapi kecewa dengan perkembangan terbaharu dalam UMNO yang didakwanya…

Read More