Kesetiaan 23 tahun berakhir dalam sehari

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada sebarang surat tunjuk sebab diberi serta pendengaran daripada Lembaga Disiplin dilakukan, sebelum pemecatannya diumumkan malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, proses pemecatan keahlian partinya tidak mengikut proses biasa, khususnya membabitkan Lembaga Disiplin.

“Mengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin.

“Secara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya menerusi Insta Story akaun Instagram beliau hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada laporan The Star bertajuk UMNO purge: What happened at the supreme council meeting before the axe fell.

Sementara itu, fakta yang tular menyatakan pemecatan Khairy antara lain disebabkan kelantangan calon BN bagi kawasan Parlimen Sungai Buloh itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau didakwa berkempen dengan mengatakan “saya reformis parti dan parti saya sudah sesat” yang dianggap dakwaan berat dan melampau yang didakwa meragut kestabilan politik yang dibawa UMNO .

Related posts

Leave a Comment