Hanya sebaris ayat komen Hishammuddin

SEPANG 28 Jan. – Hanya sebaris ayat komen Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian selama enam tahun.

“Their evil must not make us lose our good (kezaliman mereka tidak wajar menghapuskan kebaikan kita),” katanya melalui media sosial.

Reaksi tersebut disertakan bersama sekeping gambar seperti beliau mententeramkan seseorang dipercayai penyokongnya.

Sementara itu, UMNO Bahagian Sembrong akan menyatakan pendirian esok susulan penggantungan ketua bahagian itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid, dilaporkan berkata sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Sembrong.

“Bagaimanapun, Datuk Seri Hishammuddin tidak akan menghadiri mesyuarat esok kerana difahamkan berada di luar negara,” katanya seperti dilaporkan media.

Related posts

Leave a Comment