KOTA KINABALU 9 Jan. – “Keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri, kita hanya mampu memberi nasihat,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejurus keluar dari perbincangan di The Magellan Sutera Resort malam ini. Beliau bagaimanapun berkata, semua pihak sedang berunding dan keadaan semua baik malah bertambah baik. Menurut Anwar perbincangan yang berlangsung malam ini adalah baik , dan beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mencari formula yang baik untuk Sabah. Perbincangan yang berlangsung hampir satu jam itu menyaksikan pemimpin parti politik di Sabah hadir bagi menyelesaikan kemelut politik yang…
Read MoreDay: January 9, 2023
Jokowi hargai komitmen Malaysia
JAKARTA 9 Jan. – Presiden Indonesia Joko Widodo mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memberi perlindungan kepada pekerja asing Indonesia (PMI) di Malaysia. Menurut Jokowi, dalam pertemuan dengan Anwar di Istana Bogor hari ini beliau berharap pelaksanaan sistem satu saluran (OCS) untuk pengambilan dan penempatan pekerja asing Indonesia dapat benar-benar dilaksanakan bersama. “Saya juga mengulangi permintaan saya tentang kepentingan membina pusat pembelajaran komuniti di Semenanjung bagi memenuhi hak pendidikan pekerja asing Indonesia,” katanya dalam hantaran di Facebooknya. Mengenai sempadan wilayah, kerajaan kedua-dua negara bersetuju MoU berkenaan kawasan sempadan Indonesia…
Read MorePutra kutuk pihak ugut badan kehakiman
SEPANG 9 Jan. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengutuk tindakan pihak tertentu yang menakut-nakutkan badan kehakiman dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas termasuk ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. Dalam satu kenyataan, Putra menyifatkan golongan ini sebagai perosak kebebasan badan kehakiman dan mempunyai nilai moral yang rendah kerana membuat tekanan lebih kepada kepentingan mereka dan tidak mengendahkan kepentingan awam. Justeru Putra meminta hakim-hakim tidak perlu bimbang dan rasa takut kerana majoriti rakyat Malaysia turut bersama mereka dan Badan Kehakiman yang menjadi salah satu dari cabang…
Read MoreRujuk perlembagaan bukan mahkamah
KOTA KINABALU 9 Jan. – Status keabsahan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, tidak perlu dibawa ke mahkamah kerana semua fakta jelas dinyatakan dan termaktub dalam undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah. Presiden Parti Warisan (Warisan), Mohd Shafie Apdal, berkata tiada keperluan untuk membawa perkara terbabit ke mahkamah atau membentangkan usul undi percaya berhubung keabsahan Hajiji dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN). “Ketika saya menjadi Ketua Menteri, kita bawa usul undi percaya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, saya peroleh dua pertiga (undi percaya) sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemudian, datang…
Read MoreKerajaan Perpaduan solusi di Sabah?
KETIKA Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor lega dengan sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin pula berkata “Game still on (tindakan masih berterusan),”. Ini bermakna, kemelut kepada penyelesaian pertikaian kuasa politik kerajaan negeri Sabah yang diterajui Gerakan Rakyat Sabah (GRS) masih belum menampakkan kesudahannya. Sementara, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah meminta pihak-pihak terlibat melakukan ‘gencatan senjata’, iaitu mana-mana pihak berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkaitan. Apakah formula penyelesaian yang akan memuaskan hati semua pihak untuk mengiktiraf…
Read MoreMalaysia,Indonesia selesai isu tertangguh
JAKARTA 9 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Jokowi, sepakat mengukuhkan hubungan dua hala dan menyelesaikan beberapa isu membabitkan kedua-dua negara yang masih tertangguh ketika pertemuan di Istana Bogor hari ini. Dalam pernyataan bersama dua pemimpin selepas pertemuan di Istana Bogor hari ini, Perdana Menteri dan Jokowi, setuju pelbagai perbincangan yang belum diputuskan, diselesaikan segera dan perjanjian ditandatangani tahun ini. Ia merangkumi isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI), penyelarasan pengambilan pekerja dan persempadanan. Anwar melahirkan rasa gembira dan terharu kerana mereka dapat berbincang secara terbuka…
Read MoreHadi dakwa negeri ditadbir Pas ‘disusahkan’
SEPANG 9 Jan. – Pas mendakwa negeri-negeri di bawah pentadbirannya ‘disusahkan’ dengan berbagai-bagai cara, halangan dan penentangan sama ada secara nyata ataupun tersembunyi. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka (kerajaan Persekutuan). “Apabila Pas hanya berkuasa di peringkat negeri sahaja mengikut konsep federalisme, walaupun dengan kuasa yang sangat terbatas, namun negeri-negeri itu tetap disusahkan dengan berbagai-bagai cara,” katanya. Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian menerusi Minda Presiden, di Facebook…
Read MoreBerita pilihan…
Kes harian Covid-19 turun di bawah 500
PUTRAJAYA 9 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan dengan merekodkan 405 kes termasuk lapan kes import berbanding 567 kes tempatan dan empat kes import yang dilaporkan kelmarin. Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 5,030,313 iaitu 4,991,752 kes tempatan dan 38,561 kes import. Setakat tengah malam tadi, terdapat satu kematian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan 36,875 meninggal dunia termasuk 7,857 kematian luar hospital (BID). Kes aktif pula berkurangan 37 kes dengan 11,394 di mana 10,763 atau 94.5…
Read MorePemukiman Jemaah Menteri tetapkan KPI
JAKARTA 9 Jan. – Satu program permukiman akan diadakan, minggu depan yang membabitkan Jemaah Menteri bagi menetapkan indeks prestasi utama (KPI) setiap kementerian, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, program itu bertujuan mendapatkan input daripada menteri selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab, dan mengemukakan perkara yang boleh dilakukan atau diperbaiki. “Sejurus itu, kita akan membuat pengumuman mengenai prestasi dan KPI serta mengemukakan sasaran selanjutnya daripada setiap menteri,” katanya pada sesi soal jawab sempena Majlis Makan Malam Perdana Menteri Bersama Diaspora Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, di sini, malam…
Read More