Keadaan kemelut politik Sabah bertambah baik

KOTA KINABALU 9 Jan. – “Keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri, kita hanya mampu memberi nasihat,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejurus keluar dari perbincangan di The Magellan Sutera Resort malam ini.

Beliau bagaimanapun berkata, semua pihak sedang berunding dan keadaan semua baik malah bertambah baik.

Menurut Anwar perbincangan yang berlangsung malam ini adalah baik , dan beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mencari formula yang baik untuk Sabah.

Perbincangan yang berlangsung hampir satu jam itu menyaksikan pemimpin parti politik di Sabah hadir bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku berikutan tindakan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Hajiji Noor.

Perdana Menteri sebelum itu tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pukul 9.41 malam selepas melakukan lawatan rasmi dua hari di Indonesia.

Beliau disambut oleh Ketua MeHajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi  Ewon Benedick juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta Setiausaha Agung Parti Warisan Loretto Padua Jr.

Sebelum itu juga, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengadakan perbincangan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah.

Zahid selepas pertemuan itu berkata, Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dari “hati ke hati” dengan Hajiji dan yakin dapat mencari jalan menyelesaikan krisis ini dalam situasi menang-menang.

Related posts

Leave a Comment