Jokowi hargai komitmen Malaysia

JAKARTA 9 Jan. – Presiden Indonesia Joko Widodo mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memberi perlindungan kepada pekerja asing Indonesia (PMI) di Malaysia.

Menurut Jokowi, dalam pertemuan dengan Anwar  di Istana Bogor hari ini beliau berharap pelaksanaan sistem satu saluran (OCS) untuk pengambilan dan penempatan pekerja asing Indonesia dapat benar-benar dilaksanakan bersama.

“Saya juga mengulangi permintaan saya tentang kepentingan membina pusat pembelajaran komuniti di Semenanjung bagi memenuhi hak pendidikan pekerja asing Indonesia,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Mengenai sempadan wilayah, kerajaan kedua-dua negara bersetuju MoU berkenaan kawasan sempadan Indonesia dan Malaysia Segmen Sebatik dan Segmen Sinapat boleh disiapkan tahun ini.

Begitu juga Perjanjian Laut Serantau di Laut Sulawesi dan di Selat Selatan Melaka juga boleh dipersetujui tahun ini.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan Indonesia dan Malaysia juga bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam meningkatkan pasaran minyak sawit melalui Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak sawit (CPOPC).

Indonesia juga mengalu-alukan minat pelabur Malaysia untuk melabur modal dalam pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN).

“Terdapat sekurang-kurangnya sebelas surat niat yang telah ditandatangani oleh sektor swasta Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa IKN yang beroperasi dalam bidang elektronik, kesihatan, pengurusan air sisa, pembinaan dan hartanah,” katanya.

(Foto FB Jokowi)

Related posts

Leave a Comment