PRN : PH mahu pertahan tiga negeri

PETALING JAYA 7 Jan. – Pakatan Harapan (PH) akan terus mempertahankan tiga negeri di bawah pentadbirannya ketika ini, iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, kata Ketua Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail. Pada masa yang sama, berdasarkan laporan semasa, pimpinan utama PH meletak keyakinan tinggi untuk mengukuhkan kedudukan di negeri Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “PH juga bertekad menjadi suara pembangkang yang kuat, meskipun tidak sampai menawan atau mengambil alih Kelantan, Terengganu,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, hari ini. Mesyuarat dipengerusikan…

Read More

Josep Kurup bersara, anak pimpin PBRS

KOTA KINABALU 7 Jan. – Selepas 37 tahun, Joseph Kurup hari ini mengumumkan bersara dalam politik dan melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) berkuat kuasa serta-merta. Ketua Penerangan PBRS, Fredie Sua dalam satu kenyataan, berkata pihaknya memutuskan perkara terbabit dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT), hari ini. Susulan pengumuman persaraan itu, AMT sebulat suara bersetuju untuk melantik Arthur Kurup yang sebelum ini sebagai Timbalan Presiden untuk mengambil alih jawatan daripada ayahnya sebagai Presiden PBRS yang baharu. “AMT telah meluluskan usul untuk melantik Tan Sri Joseph Kurup sebagai…

Read More

Bung Moktar pula digesa letak jawatan

KOTA KINABALU 7 Jan. –  Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah mendesak Bung Moktar Radin meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berikutan tindakan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor. Mereka ialah ADUN Tanjung Keramat,  Shahelmey Yahya;  Jasnih Daya (Pantai Dalit),  James Ratib (Sugut); Dr Yusof Yacob (Sindumin); dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). Dalam satu kenyataan bersama, mereka mengecam tindakan Bung Moktar serta menyatakan rasa kesal dan terkilan kerana tindakan itu sekali lagi mengheret Sabah dan rakyatnya ke dalam krisis politik yang…

Read More

Empat parti komponen GRS pertahan Hajiji

KOTA KINABALU 7 Jan. –  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempertahankan kedudukan Pengerusinya,  Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) Sabah meliputi, UMNO menarik balik sokongan kepada beliau. Dalam kenyataan bersama empat pemimpin parti komponen GRS, hari ini, mereka sepakat bahawa pengumuman BN tidak memberikan kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji . Ini kerana keabsahan Ketua Menteri ditentukan menerusi sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan berpandukan Perlembagaan Negeri. “Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah, dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” kata kenyataan…

Read More

Hajiji perlu letak jawatan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 7 Jan. – Selepas Barisan Nasional (BN), UMNO dan KDM mempersoalkan kedudukan Hajiji Noor, parti Warisan tampil dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah “bersendirian” itu perlu meletak jawatan. Presiden Warisan,  Mohd Shafie Apdal, berkata Hajiji sewajarnya sudah hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Sabah apabila beliau bersama barisan ADUN serta pemimpin keluar daripada Bersatu seperti diumumkan sebelum ini. Katanya, Ketua Menteri bersendirian tanpa kepastian mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah perlu perlu melepaskan jawatan seperti termaktub dalam Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. Beliau berkata, sebarang kenyataan daripada…

Read More

Sabah: PH kekal pendirian, tiada ‘pusingan U’

KOTA KINABALU 7 Jan. – Pakatan Harapan (PH) Sabah mengulangi pendiriannya, tidak bersetuju atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak bagi melakukan gerakan menubuh sebuah kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’. Dalam satu kenyataan bersama, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah menafikan berita sebuah akhbar yang melaporkan PH Sabah melakukan pusingan U berhubung gerakan menyingkirkan Ketua Menteri, Hajiji Noor. Menurut kenyataan itu, mereka mengambil pendirian untuk mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah, bukan jawatan serta kuasa. PH Sabah menjelaskan sumber yang dipetik berita berkaitan ‘pusingan U’ itu membuat…

Read More

Kes jangkitan harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 7 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 543 kes setakat malam tadi berbanding 571 yang dilaporkan kelmarin dan 433 kes pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW daripada jumlah itu, empat kes import turut direkodkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,029,337 iaitu 4,990,788 kes tempatan dan 38,549 kes import. Empat kematian baharu dilaporkan termasuk satu yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  36,870  orang termasuk 7,857 kematian BID. Sementara itu, kes aktif…

Read More

Hajiji tiada sokongan majoriti – KDM

KOTA KINABALU 7 Jan. – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) percaya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri. Presiden KDM,  Peter Anthony, berkata perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. “Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi. Sehubungan itu KDM yang mempunyai tiga…

Read More

Hajiji tidak hilang kelayakan KM Sabah

KOTA KINABALU 7 Jan. –  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa Hajiji Noor tidak hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri memandangkan beliau bersama semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu adalah ahli langsung GRS. Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun, dalam satu kenyataan malam tadi berkata kelayakan Hajiji untuk meyandang jawatan itu tidak terjejas Justeru beliau menolak dakwaan UMNO Sabah mengenai kedudukan Hajiji yang dikatakan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk terus menjadi Ketua Menteri selepas keluar daripada Bersatu bulan lalu. Katanya, majoriti jumlah ADUN juga adalah lebih daripada…

Read More