Kes jangkitan harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 7 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 543 kes setakat malam tadi berbanding 571 yang dilaporkan kelmarin dan 433 kes pada hari sebelumnya.

Menurut portal KKMNOW daripada jumlah itu, empat kes import turut direkodkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,029,337 iaitu 4,990,788 kes tempatan dan 38,549 kes import.

Empat kematian baharu dilaporkan termasuk satu yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  36,870  orang termasuk 7,857 kematian BID.

Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam adalah 11,415 berkurangan 149 berbanding sebelumnya dan daripada jumlah itu, 10,828 atau 94.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah manakala tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC).

Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital adalah 554 orang atau 4.9 peratus di mana 33 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 688 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,981,052 pesakit pulih.

Sementara itu sebanyak 598 individu mendapatkan suntikan dos utama vaksin COVID-19 semalam, dan 834 mendapatkan dos penggalak pertama dan 6,081 individu lain pula mendapatkan dos penggalak kedua.

Related posts

Leave a Comment