PM jamin percepat projek PLSB Sungai Golok

PASIR MAS 21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan akan mempercepatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 di Kelantan tanpa kos berlebihan. Bagi tujuan tersebut katanya, projek PLSB akan dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tidak ada kos berlebihan. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera hantar laporan berhubung PLSB Sungai Golok kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum tender dibuka. Saya bagi jaminan MOF akan segerakan laluan pantas untuk meluluskan dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin supaya kos tidak…

Read More

Anwar sedia bekerjasama dengan semua

PASIR MAS 21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata lawatannya ke Kelantan hari ini membuktikan kesediaannya untuk bekerjasama dengan semua selepas diberi amanah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri mana. “Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai Perdana Menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin,” katanya. Anwar berkata, Kelantan (negeri dikuasai sepenuhnya oleh Perikatan Nasional (PN)) menjadi negeri pertama yang dikunjunginya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu. “Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawan saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik…

Read More

Tidak perlu ugut dengan tindakan guaman

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, mendakwa tindakan guaman oleh Anwar Ibrahim terhadap Muhyiddin Yassin dan Ahmad Amzad Hashim adalah bagi bagi melenyapkan semua kritikan. Katanya, sebagai Perdana Menteri, Anwar perlu berani dan bersedia menjelaskan persoalan ditimbulkan pembangkang, bukannya mengugut dengan tindakan guaman. “Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tidak boleh terima kritikan. Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Semalam, Anwar memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung…

Read More

MB Terengganu pulang hari ini

KUALA TERENGGANU 21 Dis. –  Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang ‘dicari dan dinantikan kehadirannya’ ketika musim banjir di Terengganu disahkan berada di Auckland, New Zealand. Perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat sambil memaklumkan Ahmad Samsuri akan pulang hari ini. Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, berkata beliau tidak pasti masa ketibaan Menteri Besar itu. “Sebagai timbalan pengerusi bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan di PPS (pusat pemindahan sementara). “Semua exco dan juga…

Read More

Mangsa ke-26 ditemukan bersama anjing

HULU SELANGOR 21 Dis. – Mayat mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjingnya pagi ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata difahamkan, lelaki dewasa itu datang ke tapak perkhemahan itu bersama tiga ekor anjingnya, tetapi hanya dua ekor anjingnya ditemukan bersamanya. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala anjingnya diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh, di sini, hari…

Read More

Pelantikan Ahmad Jazlan ditangguh

PUTRAJAYA 21 Dis. –  Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra seperti diumumkan sebelum ini ditangguhkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Pada 16 Disember lalu, Ahmad Zahid memberitahu, Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad. Ahmad Zahid berkata, biarpun Kabinet memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.…

Read More

Fokus jana pertumbuhan ekonomi lebih pesat

PUTRAJAYA 21 Dis. – Kerajaan kini boleh menumpukan perhatian sepenuhnya bagi menjamin tatakelola dan tadbir urus yang berkesan untuk manfaat kebajikan rakyat dan negara berikutan mandat besar yang diterima di Parlimen kelmarin. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dengan mandat melalui undian dua pertiga di Parlimen dua hari lalu, kerajaan dapat menumpukan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Bercakap pada pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku di Parlimen dua hari lalu turut dibincangkan sepintas lalu. “Mandat itu jelas dan…

Read More

Muhyiddin serah peguam kes Anwar saman

KUALA LUMPUR 21 Dis. –  Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan kes saman terhadapnya yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Anwar. “Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya. Semalam, Anwar  mengemukakan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima…

Read More

Mangsa ke-26 lelaki dewasa

HULU SELANGOR 21 Dis. –  Satu lagi mayat mangsa runtuhan cerun ditemukan pukul 11.16 pagi ini beberapa jam selepas Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh memulakan gerakan mencari yang masuk hari keenam hari ini. Mayat lelaki dewasa itu yang belum disahkan anggaran umur itu ditemukan di sektor C (Riverside) kawasan penemuan mayat kanak-kanak malam tadi. Dengan penemuan korban ke-26 ini, operasi  kini diteruskan untuk mengesan tujuh lagi mangsa yang masih hilang di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya, Sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan…

Read More

Laungan azan bergema di lokasi SAR

HULU SELANGOR 21 Dis. – Laungan azan berkemundang di lokasi pencarian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya, dekat sini sebelum bermulanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari yang keenam. Menurut laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, operasi hari ini memberi tumpuan di sektor C dan sektor B. Unit K9 akan digerakkan untuk mencari lapan lagi mangsa yang masih belum ditemukan di samping bantuan jentera seperti excavator  bagi menggali tanah dan dialihkan bagi mencari petunjuk kedudukan mangsa. Malam tadi, korban ke-25, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan…

Read More