Mangsa ke-26 lelaki dewasa

HULU SELANGOR 21 Dis. –  Satu lagi mayat mangsa runtuhan cerun ditemukan pukul 11.16 pagi ini beberapa jam selepas Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh memulakan gerakan mencari yang masuk hari keenam hari ini.

Mayat lelaki dewasa itu yang belum disahkan anggaran umur itu ditemukan di sektor C (Riverside) kawasan penemuan mayat kanak-kanak malam tadi.

Dengan penemuan korban ke-26 ini, operasi  kini diteruskan untuk mengesan tujuh lagi mangsa yang masih hilang di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya,

Sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan di mana 61 orang dalam keadaan selamat dan cedera.

Setakat ini 26 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (Lelaki), tiga kanak-kanak (Perempuan), 13 dewasa (Wanita) dan lima dewasa (Lelaki).

Related posts

Leave a Comment