Anwar tolak gaji, bajet mini 19 Dis.

KAJANG 24 Nov. – Anwar Ibrahim akan mengotakan janjinya pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri. Perdana Menteri pada sidang media malam ini berkata, beliau memilih untuk menolak gaji sebagai langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat “Saya telah umum langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat menteri dan pemimpin, tanpa kira parti, agama, hanya fikir gaji, kepentingan, kontrak dan saham, maka saya memilih menolak gaji Perdana Menteri,” katanya. Anwar juga mengumumkan kerajaan akan membentang rang undang-undang (RUU) belanjawan mini pada 19…

Read More

Anggota Kabinet tanpa kes mahkamah

KAJANG 24 Nov. – Kerajaan Perpaduan akan membincangjan dalam kalangan parti politik untuk tidak melantik Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah sebagai anggota Kabinet. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, menegaskan pendirian Pakatan Harapan (PH) dalam isu itu adalah jelas. Bagaimanapun, katanya, memandangkan pentadbiran yang dibentuk ketika ini adalah Kerajaan Perpaduan, beliau perlu berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan parti gabungan yang lain. “Itu ada dibangkitkan. Kalau dalam kalangan PH, pendirian kita jelas. Tapi oleh kerana ia babitkan isu Kerajaan Perpaduan, kita perlu berbincang (dengan parti gabungan). “Yang membezakan adalah apabila hukuman…

Read More

Martabatkan bahasa Melayu, agama Islam

KAJANG 24 Nov. – Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan perpaduan pimpinannya akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini. Perdana Menteri berkata, beliau juga akan mengangkat hak Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. “Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan saya tetap faham keperluan untuk mengangkat kedudukan penghayatan agama Islam sebagai agama Persekutuan. “Termaktub dalam Perlembagaan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Ada keperluan kita menjelaskan kerana dalam sistem pemerintahan kita juga menetapkan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Saya…

Read More

Dua TPM wakili BN, GPS

KAJANG 24 Nov. – Dua jawatan Timbalan Perdana Menteri, akan diwujudkan dalam kalangan wakil parti terbesar di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional. “Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Read More

Usul percaya kepada PM 19 Disember

KAJANG 24 Nov. – Sidang Dewan Rakyat pertama pada 19 Disember ini antara lain akan membentangkan usul percaya kepada Perdana Menteri, yang bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, usul itu sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan, yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas. “Saya nyatakan kesediaan rakan-rakan (untuk mendukung Kerajaan Perpaduan), termasuk daripada Perikatan Nasional (PN), walaupun kenyataan pengerusinya pada peringkat awal tak begitu memberangsangkan. Iaitu mempertikaikan keabsahan dan jumlah…

Read More

Anwar ajak PN sertai kerajaan perpaduan

KAJANG 24 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak Perikatan Nasional (PN) mendukung kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia. Anwar mengakui, walaupun reaksi awal PN agak kurang memberangsangkan, beliau berharap pertimbangan sewajarnya dapat dibuat mereka bagi membolehkan hasrat penubuhan kerajaan perpaduan nasional ini dapat dijayakan. Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di sini, hari ini. Katanya, Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk hari ini sudah membabitkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini.…

Read More

Cuti kelepasan am Isnin

KAJANG 24 Nov. –  Perdana Menteri yang baru dilantik,  Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin 28 November 2022, sebagai cuti kelepasan am. Perkara itu dimaklumkan olehnya pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, di sini. “Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya. Anwar sebelum itu mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, pukul 5.30 petang.

Read More

Anwar angkat sumpah jawatan PM

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Selepas lima hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada pukul 5.06 petang. Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Anwar, 75,…

Read More

Anwar Ibrahim PM ke-10

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi ini. “Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. “Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan…

Read More

Raja-Raja Melayu bincang kerajaan baharu

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu, bagi membincangkan kemelut politik tanah air, berlangsung pagi ini dengan kehadiran lapan Raja Melayu dan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut sumber, perbincangan khas itu berlangsung kira-kira sejam mulai pukul 11 pagi, sejurus ketibaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba di Istana Negara di sini, pada pukul 10.58 pagi. Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ini bagaimanapun tidak dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V manakala Perlis diwakili Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan…

Read More