Anwar ajak PN sertai kerajaan perpaduan

KAJANG 24 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak Perikatan Nasional (PN) mendukung kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Anwar mengakui, walaupun reaksi awal PN agak kurang memberangsangkan, beliau berharap pertimbangan sewajarnya dapat dibuat mereka bagi membolehkan hasrat penubuhan kerajaan perpaduan nasional ini dapat dijayakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk hari ini sudah membabitkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini.

Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga gabungan itu membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya tetap bersedia menerima semua yang lain. Saya menunggu kesediaan rakan-rakan termasuk Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan Pengerusi PN peringkat awal tidak memberangsangkan,” katanya.

Semalam, PN yang mendakwa mempunyai akuan berkanun daripada 115 Ahli Parlimen menolak cadangan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan cadangan itu tetapi

PN memaklumkan tidak mahu bekerjasama dengan PH, kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

“Tuanku mencadangkan supaya kita (PN) bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tetapi kami telah bincang perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH.

Itu adalah pendirian parti kita (PN) sejak dulu sampai ke hari ini,” katanya dalam satu sidang media

Related posts

Leave a Comment