Usul percaya kepada PM 19 Disember

KAJANG 24 Nov. – Sidang Dewan Rakyat pertama pada 19 Disember ini antara lain akan membentangkan usul percaya kepada Perdana Menteri, yang bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, usul itu sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan, yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

“Saya nyatakan kesediaan rakan-rakan (untuk mendukung Kerajaan Perpaduan), termasuk daripada Perikatan Nasional (PN), walaupun kenyataan pengerusinya pada peringkat awal tak begitu memberangsangkan.

Iaitu mempertikaikan keabsahan dan jumlah kita (sokongan majoriti). Beliau juga nyatakan harus ada kesediaan untuk Kerajaan Perpaduan ini menguji kekuatan di Parlimen.

“Saya ingin jelaskan bahawa kita sudah tetapkan untuk mengadakan sidang Parlimen pertama pada 19 Disember ini, dan usul pertama selain angkat sumpah, ialah usul daripada kerajaan berhubung undi percaya kepada Perdana Menteri.

Dengan ketetapan ini, tidak timbul keresahan tentang keabsahan sokongan yang ada,” katanya dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di sini, hari ini.

Terdahulu, pada satu sidang media, Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin, berkata

Anwar wajar mengemukakan bukti yang beliau sebagai Pengerusi PH mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk menjawat jawatan itu.

Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu perlu dilakukan Anwar demi keyakinan rakyat terhadap keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Related posts

Leave a Comment