Dua TPM wakili BN, GPS

KAJANG 24 Nov. – Dua jawatan Timbalan Perdana Menteri, akan diwujudkan dalam kalangan wakil parti terbesar di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional.

“Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Related posts

Leave a Comment