Cuti kelepasan am Isnin

KAJANG 24 Nov. –  Perdana Menteri yang baru dilantik,  Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin 28 November 2022, sebagai cuti kelepasan am.

Perkara itu dimaklumkan olehnya pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, di sini.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Anwar sebelum itu mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, pukul 5.30 petang.

Related posts

Leave a Comment