Bukan sekadar Yang Berhormat  tetapi Yang Berkhidmat

TINGGAL beberapa hari lagi, suasana kempen semakin meriah menjelang kemuncak hari pengundian pada 19 November ini. Di mana-mana sahaja suasana makin panas lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi pertembungan personaliti hebat. Sebaik sahaja habis penamaan calon, kempen bermula walaupun sebelum itu sudah ada yang menjelajah seluruh negara bagi mengadakan kempen tidak rasmi. Bendera parti dipasang dan dipacak sebelum hari penamaan calon. Biarlah, bukan selalu. Pentas kempen, pasar malam, kedai kopi, jeti nelayan, rumah penduduk, menjadi tumpuan calon dan pekerja politik. Jika nasib baik habis satu restoran dibelanja oleh calon atau…

Read More

Peti undi tambahan di 10 kawasan

PUTRAJAYA 16 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan penggunaan satu peti undi tambahan di kawasan pilihan raya yang melibatkan pertandingan tujuh penjuru atau lebih. Dalam satu kenyataan petang ini, Setiusaha SPR Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya menyenaraikan 10 kawasan Parlimen yang terlibat serta dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kawasan Parlimen adalah Batu yang menyaksikan 10 penjuru, diikuti Ampang sembilan penjuru; Kota Raja, Bangi dan Sepang lapan penjuru manakala Sungai Buloh, Klang, Kapar, Alor Setar dan Sungai Siput tujuh penjuru. Manakala DUN Chenderiang, Perak menjadi kerusi DUN…

Read More

Padang Serai : SPR mesyuarat Jumaat ini

PUTRAJAYA 16 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 November ini bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU15 bagi Parlimen P017 Padang Serai. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, ini berikutan kematian calon Pakatan Harapan, Karupaiya A/L Mutusami hari ini. “SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan. SPR turut mengucapkan takziah dan berharap keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Pada hari penamaan calon lalu,…

Read More

Pengundian Padang Serai perlu tarikh baharu

PUTRAJAYA 16 Nov. – Proses pengundian bagi Parlimen Padang Serai, Kedah perlu dilaksanakan pada suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya hari ini. Ini kerana, SPR perlu membatalkan notis pengundian itu, selain menyiarkan warta tarikh baharu bagi pilihan raya berkenaan. Semua urusan mengenainya perlu dijalankan semula dengan tidak perlu penamaan baharu bagi calon yang layak serta sah dinamakan pada masa pengundian itu dibatalkan. Ia susulan ketetapan mengikut Fasal 11 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang memperincikan perihal…

Read More

Calon PH Padang Serai meninggal dunia

KUALA LUMPUR 16 Nov. –  Calon Pakatan Harapan (PH) bagi P.017 Padang Serai Karupaiya A/L Mutusami, yang juga penyandang kawasan itu meninggal dunia hari ini. Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, mendiang merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Cabang Keadilan Padang Serai. “Kali terakhir kami bertemu adalah pada 14 November lalu, di atas pentas ceramah di Kulim. Mendiang telah memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan. Saifuddin mewakili seluruh keluarga besar Keadilan dan PH,…

Read More

DAP yakin keupayaan calon Melayu

PADANG BESAR 16 Nov. – DAP yakin calon Melayu yang ditampilkan parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dapat diterima masyarakat secara keseluruhan, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata tiada masalah bagi parti itu meletakkan calon berbangsa Melayu bertanding di kawasan yang dijangka mampu memberikan kemenangan kepada kepada Pakatan Harapan (PH) secara kolektif. “DAP meletakkan calon Melayu di kawasan yang boleh menang meskipun ada calon yang mungkin berdepan tugas sukar untuk membawa kemenangan. “Sebenarnya, kawasan yang ditandingi DAP adalah kawasan calon kita penyandang…

Read More

Dengarlah suara anak muda…

PEMBAHARUAN pimpinan UMNO perlu dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Begitulah kata calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam satu temu bual bersama radio BFM pagi semalam. Ungkapan itu lebih menarik perhatian saya berbanding cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri (PM) dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi. Hasrat atau cita-cita itu sudah pun dicanang sejak beberapa hari lalu. Bukan sesuatu yang baharu. UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah ketandusan pemimpin dan dalam kalangan mereka ada generasi belia yang berani dan lantang bersuara. Terima kenyataan itu…

Read More

2,852 kes harian, 12 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 16 Nov. – Malaysia merekodkan 2,852 kes baharu Covid-19 semalam melibatkan 2,849 kes tempatan dan tiga kes import berbanding 1,749 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Menurut laman sesawang KKMNow, perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,953,418 termasuk 38,409 kes import sejak pandemik bermula. Jumlah kes aktif pula adalah 27,914 di mana 25,969 menjalani kuarantin di rumah dan 1,848 di hospital yang meliputi 40 kes di ICU yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan 57 memerlukan ABP. Pada masa yang sama 12 kematian direkodkan iaitu lima di…

Read More

Tiada dos kelima disyorkan Australia

SYDNEY: Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai imunisasi (ATAGI) mengesyorkan untuk tidak mengambil dos kelima suntikan vaksin Covid-19 walaupun gelombang terbaharu negara itu meningkat secara mendadak. Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler berkata, purata kes harian adalah 47 peratus lebih tinggi minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Bagaimanapun kes kekal 85 peratus di bawah puncak pada akhir Julai. Katanya, ATAGI telah mempertimbangkan bukti antarabangsa serta data tempatan mengenai nombor vaksinasi serta nombor kes dalam wabak itu dan memutuskan untuk tidak mengesyorkan dos kelima. Sebelum ini terbukti gelombang Singapura baru-baru ini menunjukkan gejala teruk dan…

Read More