2,852 kes harian, 12 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 16 Nov. – Malaysia merekodkan 2,852 kes baharu Covid-19 semalam melibatkan 2,849 kes tempatan dan tiga kes import berbanding 1,749 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut laman sesawang KKMNow, perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,953,418 termasuk 38,409 kes import sejak pandemik bermula.

Jumlah kes aktif pula adalah 27,914 di mana 25,969 menjalani kuarantin di rumah dan 1,848 di hospital yang meliputi 40 kes di ICU yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan 57 memerlukan ABP.

Pada masa yang sama 12 kematian direkodkan iaitu lima di Selangor, tiga di Pulau Pinang, dua di Perak dan masing-masing satu di Pahang dan Sabah yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,566 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Sebanyak 3,710 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,888,938 pesakit pulih.

Sementara itu Selangor merekodkan 936 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 316, Sabah 212, Melaka 190, Kedah 183, Kelantan 174, Wilayah Persekutuan Putrajaya 169, Sarawak 142, dan Perak 104.

Negeri yang mencatatkan angka di bawah 100 kes adalah Pulau Pinang 92, Pahang 82, Negeri Sembilan 81, Johor 78, Terengganu 77, Wilayah Persekutuan Labuan 13 dan Perlis 3.

Related posts

Leave a Comment