Tiada dos kelima disyorkan Australia

SYDNEY: Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai imunisasi (ATAGI) mengesyorkan untuk tidak mengambil dos kelima suntikan vaksin Covid-19 walaupun gelombang terbaharu negara itu meningkat secara mendadak.

Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler berkata, purata kes harian adalah 47 peratus lebih tinggi minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Bagaimanapun kes kekal 85 peratus di bawah puncak pada akhir Julai.

Katanya, ATAGI telah mempertimbangkan bukti antarabangsa serta data tempatan mengenai nombor vaksinasi serta nombor kes dalam wabak itu dan memutuskan untuk tidak mengesyorkan dos kelima.

Sebelum ini terbukti gelombang Singapura baru-baru ini menunjukkan gejala teruk dan kematian jarang berlaku dalam kalangan mereka yang divaksinasi dan suntikan kelima mempunyai kesan minimum terhadap virus penularan.

Gejala teruk dan kematian semasa gelombang itu di Singapura sangat jarang berlaku bagi individu yang mempunyai sekurang-kurangnya dua dos vaksin untuk Covid-19.

Cadangan dos penggalak baharu akan dibuat tahun depan menjelang musim sejuk hemisfera selatan.

Bagaimanapun, Butler menggesa mereka yang belum mendapat jumlah dos yang disyorkan untuk berbuat demikian. Sekurang-kurangnya 5.5 juta warga Australia masih belum menerima dos ketiga walaupun layak.

Butler juga menerima cadangan ATAGI supaya vaksin khusus Mmicron keluaran Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk orang dewasa.

Vaksin syarikat untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun juga akan diluluskan untuk digunakan pada pesakit yang mengalami gangguan imun yang teruk.

Related posts

Leave a Comment