Padang Serai : SPR mesyuarat Jumaat ini

PUTRAJAYA 16 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 November ini bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU15 bagi Parlimen P017 Padang Serai.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, ini berikutan kematian calon Pakatan Harapan, Karupaiya A/L Mutusami hari ini.

“SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan.

SPR turut mengucapkan takziah dan berharap keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

Pada hari penamaan calon lalu, selain Karupaiya (PH) yang dicalonkan untuk mempertahan kerusi Padang Serai, lima lagi calon adalah Hamzah Abd Rahman mewakili Pejuang; Datuk C. Sivaraj (BN); Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Mohd. Bakhri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Related posts

Leave a Comment