“Tidak perlu pecah undi, pilihlah saya”

SUNGAI BULOH Calon BN, Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berjanji tidak akan meminggirkan penyokong parti lawan yang memberi undi kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Khairy berkata, penyokong parti lawan tidak perlu memecahkan undi, sebaliknya memberi sokongan kepadanya. Justeru beliau meminta Pakatan Harapan (PH) yang masih dalam dilema, supaya terus memilihnya sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh, begitu juga dengan penyokong-penyokong Pas. “Minta penyokong Pas kali ini bagi dekat saya, kalau kita pecah (undi) pasti tidak akan menang. Orang Pas sokong saya, saya akan jaga orang Pas…

Read More

Pro, kontra calon PRU15 isytihar harta

SEPANG 12 Nov. – Parti-parti politik memberi pelbagai reaksi terhadap langkah PKR menetapkan calon-calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta masing-masing. Ada yang menyifatkan langkah itu tidak perlu kerana ia lebih bersifat gimik politik malahan menunjukkan’kebodohan’ seseorang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, pengisytiharan harta oleh calon yang bertanding pada musim PRU15 hanyalah gimik politik semata-mata sebaliknya terdapat cara yang betul untuk mengisytiharkan harta seseorang. “Saya telah berbuat demikian ketika saya menjadi menteri dan Perdana Menteri atau memegang jawatan awam, anda perlu mengisytiharkan harta anda…

Read More

Calon PRU tidak wajib isytihar harta

BERA 12 Nov. –  Pengisytiharan harta bukan sesuatu yang wajib bagi calon wakil rakyat dan setakat ini tiada syarat mewajibkan mana-mana calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (DUN). Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik dalam Kabinet akan diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sementara yang lain atas kerelaan sendiri. “Tidak perlu (isytihar harta) kerana kita hanya buat perkara yang termaktub dalam akta yang ditetapkan. Apabila sudah menang nanti Ahli Parlimen juga diminta untuk isytihar harta dulu tetapi tidak semua mengisytiharkan…

Read More

16 dibawa lari, berapa ‘kembali’ semula kepada UMNO?

MELALUI program Cuit & Selak Khas PRU15,  baru-baru ini, sahabat saya Sang Kelembai (SK) menjangkakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 kerusi. Jumlah yang dinyatakan SK atau Zaharin Mohd Yasin melebihi jangkaan saya yang hanya meletakkan 40 kerusi (mungkin setakat hari itu). Sudah tentulah angka Zaharin tidak menepati jangkaan dalam kalangan pemimpin BN yang berani menjangkakan kemenangan 112 kerusi bagi mendapatkan majoriti mudah. Begitu juga dengan sasaran Pakatan Harapan (PH), angka yang sama. Tidak ada parti yang bertanding pada PRU15 atau mana-mana pilihan…

Read More

Syurga, neraka, PKR akan lapor polis

TANGKAK 12 Nov. – PKR parti komponen PH akan membuat laporan polis terhadap rakaman video memaparkan Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Langkah itu kata Rafizi adalah bagi memberi peringatan supaya mana-mana parti tidak menggunakan agama bagi tujuan politik. “Saya dan peguam akan tengok ucapan Pas yang kata kalau undi BN dan PH masuk neraka. Dalam beberapa hari…

Read More

Letak jawatan bukan punca PH jatuh

PUTRAJAYA 12 Nov. – Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan peletakan jawatan oleh beliau sebelum ini bukan punca menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata pihak yang menjatuhkan Kerajaan PH ialah Mahiaddin (Muhyiddin Yassin), Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali yang menarik keluar ramai ahli mereka dari PH sehingga hilang majoriti dan jatuh. “Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Mahiaddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM. “Anwar juga bersalah kerana ia membuat Azmin dan beberapa ahli-ahli Parlimen PKR bersekongkol dengan Mahiaddin,” katanya…

Read More

Jangan salah faham maksud ‘bersihkan UMNO’

SUNGAI BULOH: Kenyataan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang mahu membersihkan’ UMNO bukan bermaksud parti itu rosak sebaliknya mahu melihat kebangkitan generasi pemimpin muda dan baharu. Beliau berkata generasi baharu mesti memberi aspirasi kepada orang ramai bahawa UMNO sedang berubah dengan penampilan calon muda dan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15) dan menjadi pilihan terbaik. “Orang ramai hendak melihat kepada generasi baharu, kepemimpinan baharu dalam UMNO, itu maksud saya. “Bukan saya maksudkan parti itu rosak, parti tidak rosak, cuma kita hendak melihat satu kebangkitan generasi kepemimpinan…

Read More

Dr. M dakwa ada pemimpin Pas peralat agama

SUNGAI PETANI 12 Nov. –  Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad, mendakwa terdapat pemimpin Pas yang cenderung memperalatkan agama untuk tujuan politik mereka. Justeru beliau mengingatkan, negara akan berdepan lebih banyak masalah sekiranya rakyat memberi peluang kepada Pas untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Saya fikir mereka (Pas) akan memperalat agama lebih banyak lagi (jika menang PRU15), ketika ini pun mereka sudah banyak memperalatkan agama. “Jika mereka menang, kita akan menghadapi lebih banyak masalah kerana ada (pemimpin) yang ekstrem tetapi mereka yang mengikut ajaran Islam…

Read More

Syurga, neraka milik Allah SWT

IPOH 12 Nov. – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur perbuatan melabel seseorang sebagai ahli neraka hanya kerana mengundi parti politik tertentu dengan menegaskan syurga dan neraka milik mutlak Allah SWT. Calon BN Parlimen Gerik itu berkata, tiada sesiapa yang boleh menentukan seseorang akan dimasukkan ke neraka jika memilih parti tertentu. “Syurga dan neraka milik mutlak Allah. Tiada siapa yang boleh menentukan akan masuk neraka jika pangkah parti-parti tertentu. “Hentikanlah jual beli syurga neraka setiap kali musim pilihan raya. (Sebaliknya) tawarkanlah dasar dan polisi bermanfaat untuk rakyat dan…

Read More