Bulan Sabit Merah UAE bantu bina rumah

PEKAN 28 Okt. – Lebih RM12.1 juta diperuntukkan bagi membina 123 unit rumah di tujuh daerah iaitu Lipis, Jerantut, Maran, Pekan, Raub, Temerloh dan Bentong, sumbangan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Emiriyah Arab Bersatu (UAE ). Rumah berkeluasan 750 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta perabot, melibatkan rumah setingkat bernilai RM75,000 dan rumah bertiang bernilai RM100,000. Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Projek Perumahan dan Penyampaian Surat Tawaran Bantuan Untuk Mangsa Banjir Negeri Pahang. Majlis…

Read More

PM tidak perlu berunding bubar Parlimen

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berunding dengan anggota Kabinetnya untuk meminta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan Parlimen. Hakim  Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri. “Saya berpandangan bahawa memandangkan pembubaran Parlimen dibuat mengikut Perkara 42 (b) Perlembagaan Persekutuan, tiada lagi keperluan bagi mendapatkan nasihat Kabinet di bawah Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah…

Read More

Kempen jangan sampai menipu rakyat

IPOH 28 Okt. – Khutbah Jumaat di seluruh masjid negeri ini mengingatkan calon, penyokong dan petugas parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak  menipu rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang gagal ditunaikan. Pada masa yang sama, khutbah bertajuk “Pilihan Raya: Tanggungjawab Ummah Kepada Negara” juga meminta mereka sentiasa mematuhi atau menghormati dengan tidak mensensasikan isu agama dan kaum untuk meraih laba politik. Ini kerana tindakan itu boleh menyemaikan rasa kebencian dan akhirnya menyalakan api permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kaum. Khatib turut…

Read More

Mujahid, Hatta pertahan Parit Buntar, Lumut

IPOH 28 Okt. – Parti Amanah Negara (Amanah) mengemukakan 15 muka baharu iaitu tiga bagi kerusi Parlimen dan 12 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi pada sidang media di sini, memberitahu Amanah akan bertanding enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN dengan penampilan 60 peratus muka baharu. Menurut Asmuni, enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN bakal ditandingi mewakili Pakatan Harapan (PH) di Perak menunjukkan pertambahan berbanding empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN yang ditandingi parti itu…

Read More

Hanipa Maidin kekal atau gugur

KANGAR 28 Okt. – Selepas beberapa nama pemimpin Amanah ‘selamat’ kerana kekal dicalonkan, kedudukan penyandang kerusi Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terus menimbulkan tanda tanya sama ada digugurkan atau kekal. Presiden Amanah Mohamad Sabu dilihat masih berteka-teka mengenai kedudukan itu apabila hanya memaklumkan calon Pilihan Raya Umum (PRU) boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebelum ini, timbul desas-desas kononnya Mohamed Hanipa yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) tidak akan dicalonkan semula. Sebaliknya nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya adalah Ketua Angkatan Wanita Amanah…

Read More

Pas tanding 7, Bersatu 1 di Terengganu

KUALA TERENGGANU 28 Okt. – Pas akan meletakkan calonnya di Parlimen Besut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pesuruhjaya Pas Terengganu, Husain Awang. Ini bermakna Pas akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Setiu, Kemaman dan Besut manakala Bersatu hanya satu kerusi iaitu di Parlimen Hulu Terengganu. Husain berkata, keputusan mengenai pembahagian kerusi itu diperoleh hasil perbincangan antara kepemimpinan Pas dan Bersatu. Sebelum Parlimen dibubarkan, Pas mempunyai enam kawasan manakala UMNO dan Bersatu masing-masing satu kerusi. Bagaimanapun kerusi Bersatu adalah hasil wakil…

Read More

Syed Saddiq diperintah bela diri

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq. Pada 27 September…

Read More

Muhammad Shafee dilepas, dibebas

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Peguam Muhammad Shafee Abdullah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib Razak dan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hakim Muhammad Jamil Hussin ketika membuat keputusan itu mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee. Muhammad Jamil berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan pihak pendakwaan berhubung elemen yang perlu dibuktikan dalam kesalahan terhadap tertuduh. Saksi kelapan pendakwaan dalam keterangannya juga mengesahkan tiada aktiviti haram yang berlaku dan penerimaan RM4.3 juta dan…

Read More