MB Selangor sah ke Gombak, Wan Azizah pindah

KUALA LUMPUR 28 Okt. –  Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sah bakal bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerusi yang disandang oleh bekas Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu dijangka berhadapan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang dilaporkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.

Amirudin adalah antara 72 nama yang dicalonkan mewakili PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion.

Mohamed Azmin menjadi ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal melaluitiket PKR tetapi bertindak keluar parti melalui Langkah Sheraton dan kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tahun lalu.

Gombak adalah antara kerusi yang dilabel disandang ‘pengkhianat’ di samping, Ampang, Batu Pahat, Nibong Tebal, Indera Mahkota, Bandar Tun Razak, Segamat, Ranau, Puncak Borneo dan Saratok.

Sementara kerusi lain termasuk yang disandang Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagi kerusi Bandar Tun Razak pula, Pengerusi Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kawasan berkenaan manakala MPP PKR Rodziah Ismail diumum calon bagi kerusi Parlimen Ampang.

Ketua Wanita PKR, Fadlina Sidek pula dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Nibong Tebal, yang sebelum ini disandang bekas pemimpin PKR, Datuk Mansor Othman yang kemudian menyertai Bersatu.

Dua calon yang diturunkan di kawasan pemimpin utama UMNO adalah penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanding di Bagan Datuk yang sebelum ini disandang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha pula dipertaruhkan PKR untuk ‘berperang’ di kerusi Parlimen Rembau yang dijangka akan ditandingi Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beberapa nama lain yang mempertahankan kawasan masing-masing adalah

bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (Simpang Renggam),  Nurul Izzah Anwar  (Permatang Pauh), Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) dan Akmal Nasir (Johor Bahru).

Ketua AMK, Adam Adli pula seperti yang disebut sebelum ini akan bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya,  bekas Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa di Pasir Mas, manakala Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di Pasir Salak.

Mereka yang digugurkan atau tidak dicalonkan semula adalah belas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew, dan bekas Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye.

Turut digugurkan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan, Ahi Parlimen Sekijang Natrah Ismail dan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul

Related posts

Leave a Comment