Lapangan terbang Riyadh ditutup hingga Sabtu

RIYADH – Penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dilanjutkan sehingga Sabtu ini selepas serangan berterusan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi dari Yaman.

Beberapa syarikat penerbangan turut membatalkan penerbangan ke Riyadh susulan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan selepas serangan yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi dalam kenyataan memaklumkan, operasi di lapangan terbang itu digantung bagi membolehkan semua prosedur keselamatan dan kesiapsiagaan operasi fasiliti lapangan terbang diselesaikan.

Notis kepada juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid akan kekal ditutup sehingga jam 9 malam GMT pada 17 Oktober.

Lapangan terbang itu ditutup sejak serangan pada Sabtu yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain, sekali gus menjadi insiden paling maut di Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad.

Menurut firma analitik penerbangan Cirium, kadar pembatalan penerbangan di seluruh lapangan terbang Arab Saudi meningkat kepada 46.4 peratus.

 

 

Related posts

Leave a Comment