Muda, PSM intai Sembrong, Tapah, Sungai Siput

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Tiga lagi kerusi PKR yang belum diisi akan dimuktamad dalam beberapa hari ini sama ada akan diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata tiga kerusi yang masih memerlukan rundingan lanjut itu adalah Parlimen Sungai Siput dan Tapah di Perak dan Sembrong.di Johor.

“Kerusi ini diperuntukkan kepada PKR, tetapi memandangkan ia sudah diminta Muda atau PSM, kita akan runding sebelum dimuktamadkan dalam beberapa hari ini,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor, malam tadi.

Pada PRU14, PH memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput menerusi S Kesavan yang menang dengan majoriti 5,607 undi, manakala calon PSM sekadar memperoleh 1,505 undi.

Parlimen Tapah dan Sembrong boleh dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), masing-masing disandang Timbalan Presiden MIC,  M Saravanan serta Bendahari BN,  Hishammuddin Hussein.

Related posts

Leave a Comment