Calon PRU15 : Pengorbanan perlu dilakukan

AMPANG JAYA 28 Okt. – Pimpinan PKR terpaksa melalui proses yang rumit dan melelahkan untuk memilih calon terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (RM15), kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Katanya lagi, dalam proses itu, beberapa nama yang sudah memberi sumbangan terpaksa digugurkan tetapi demikianlah hukum alam dan perjuangan yang mesti ada peralihan kuasa, regenerasi,

“Pengorbanan perlu dilakukan dan mana-mana individu yang tidak terpilih, diharap dapat terus berpegang kepada ikrar mereka untuk membela nasib rakyat,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PKR di Ampang Jaya malam ini.

“Jumlah calon yang layak ramai, dan ada kalanya mungkin lebih layak. Dalam proses itu terpaksa kita gugurkan beberapa (nama) yang dah beri sumbangan, tapi demikianlah hukum alam dan perjuangan.,” katanya.

Katanya peralihan peralihan kuasa, regenerasi, tidak boleh orang yang sama kekal sampai bila-bila.

“Harap rakan-rakan bersyukur dan bertekad lebih kuat, yang tidak mendapat tempat, ingat sumpah keramat mereka. Mereka berjuang bukan kerana pendapatan atau jadi calon, tapi bersumpah bela nasib rakyat seluruhnya. Itu peringatan yang baik supaya kita insaf. Dan kita semua belajar dari pengalaman,” katanya lagi.

Anwar turut mengingatkan ahli parti bahawa menjadi wakil rakyat bukanlah tiket untuk mengaut keuntungan atau kekayaan.

“20 tahun golongan reformis berjuang, macam tu juga kehidupan dia. Ini ada yang jaga ekonomi, ada yang jadi menteri perumahan tapi tak naik rumah untuk rakyat yang memerlukan, kemudian buat keputusan (lompat parti) semata-mata nak pertahankan kuasa dan kedudukan.

“Mana dia sumbangan mereka kepada rakyat. Sebab itu saya sebut, orang Ampang, orang Gombak, Bandar Tun Razak dan seluruh wilayah dan Selangor, dan seluruh negeri Malaysia.

“Pertama kita ajar pengkhianat, humbankan mereka kali ini. Kedua, tunjukkan semangat dan daya juang rakyat yang akan mengatasi, dengan izin Allah, semangat tanda juang kita, boleh mengubah peta politik negara ini,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment