UMNO tanding Simpang Renggam

JOHOR BAHRU 29 Okt. – MCA dan MIC Johor masing-masing akan bertanding lapan dan satu kerusi Parlimen di negeri ini, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, jumlah sama yang ditandingi kedua-duanya pada PRU14. Pengerusi BN Johor,  Hasni Mohammad, berkata kerusi Parlimen Simpang Renggam yang ditinggalkan parti Gerakan akan ditandingi UMNO, menjadikan jumlah kerusi yang bakal ditandingi UMNO Johor pada PRU15 ialah 17 berbanding 16 pada PRU lepas. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor, berkata BN negeri tidak akan melakukan sebarang pertukaran kerusi Parlimen antara parti komponennya. “Pembahagian…

Read More

Hadi tetap tanding PRU15

KOTA BHARU 29 Okt. –  Presiden Pas Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. Beliau sebelum ini tidak tahu ada desas-desus Presiden Pas itu tidak akan bertanding pada PRU15. “Saya boleh sahkan beliau akan pertahankan kerusi yang disandangnya,” katanya ketika ditanya mengenai ada dakwaan mengatakan Presiden Pas itu tidak bertanding pada PRU15. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, hari ini. Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan 53,749 undi…

Read More

Pemimpin lama undur beri laluan orang baharu

BANGI 29 Okt. – Tidak semua pemimpin lama boleh dikekalkan kerana mereka juga perlu memberi laluan kepada generasi baharu untuk memimpin, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Beliau juga mengingatkan, tidak semua perjuangan dalam politik perlu melalui jalur pilihan raya sebaliknya sumbangan tokoh lama dalam parti amat diperlukan untuk membimbing generasi muda. “Jika kita kekalkan semua orang yang memberi sumbangan, generasi baharu tidak akan bangkit. Ada ketikanya digugurkan atas faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat. Kita sedar, orang yang berkhidmat dengan baik sekian lama, ada ketikanya harus dipindahkan atau diganti. “Mereka…

Read More

Calon: Tian Cua dakwa ramai kecewa

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang tidak tersenarai kali ini mendakwa ramai pihak yang kecewa dengan senarai calon yang diumumkan oleh kepemimpinan parti itu malam tadi. Beliau berkata pemilihan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seharusnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti itu. “Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepemimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami. Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 29 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,296 kes baharu yang dilaporkan semalam berbanding 2,762 direkodkan pada hari sebelumnya. Menurut laman KKNOW, sebanyak 3,286 adalah kes tempatan manakala 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,855,390 dengan jumlah kes import 38,343. Jumlah kes aktif pula meningkat sebanyak 1,335 menjadikan jumlah keseluruhan 30,055 di mana 28,721 atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 1,276 mendapatkan rawatan di hospital. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 35 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di ICU yang…

Read More

DUN Kedah dijangka bubar Julai 2023

ALOR SETAR 29 Okt. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hanya akan dibubarkan sekitar bulan Julai tahun hadapan, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau memberikan bayangan itu selepas mengambil kira beberapa faktor seperti bencana banjir, sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Raya Aidiladha serta tempoh mengerjakan haji. Bagi tujuan itu, beliau juga telah menghubungi beberapa menteri besar di negeri-negeri yang tidak membubarkan DUN masing-masing, termasuk Selangor, agar pilihan raya di negeri terlibat dapat diadakan serentak. “Kita tidak setuju Parlimen dibubarkan pada ketika ini, maka negeri Kedah, Kelantan…

Read More

Muda, PSM intai Sembrong, Tapah, Sungai Siput

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Tiga lagi kerusi PKR yang belum diisi akan dimuktamad dalam beberapa hari ini sama ada akan diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata tiga kerusi yang masih memerlukan rundingan lanjut itu adalah Parlimen Sungai Siput dan Tapah di Perak dan Sembrong.di Johor. “Kerusi ini diperuntukkan kepada PKR, tetapi memandangkan ia sudah diminta Muda atau PSM, kita akan runding sebelum dimuktamadkan dalam beberapa hari ini,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon…

Read More

Kemelut siapa Presiden jejas peluang Zuraida

PUTRAJAYA 29 Okt. – Menjelang hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini dalam keadaan ‘kucar kacir’ apabila dua pihak masing-masing mengakui mereka adalah pemimpin yang sah mengikut perlembagaan. Kemelut dalaman yang semakin meruncing itu dijangka menjejaskan peluang beberapa penyandang kerusi Parlimen untuk menyertai PRU15 termasuk Zuraida Kamaruddin yang mewakili kerusi Ampang. Kemelut itu yang jika berlarutan dan tidak mampu diselesaikan mungkin mengganggu persiapan PBM termasuk isu berkaitan penggunaan logo. Malam tadi dalam satu kenyataan terbaru, Larry Sng Wei Shien yang mendakwa beliau masih Presiden…

Read More

Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua

ALOR SETAR 29 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bersedia merendahkan diri apabila meminta pihak yang pernah ‘menikamnya’ bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun usahanya gagal apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, menolak bekerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA). Jelasnya, usaha itu tidak dapat dilakukan kerana PN merancang bertanding di banyak kerusi parlimen selain Muhyiddin dikatakan, masih berminat menjadi Perdana Menteri kali kedua. “Kita patut dengar permintaan rakyat supaya parti lawan bergabung, baru boleh kalahkan UMNO seperti kehendak rakyat. Kita pun fikir tak apa, walaupun…

Read More