Lawat muzium dan kebun

SINGAPURA 25 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan lawatan ke Singapura hari ini dengan mengunjungi muzium dan kebun berkonsepkan pertanian bandar Baginda berdua berkenan memulakan lawatan di Asian Civilisations Museum (ACM), Empress Place, yang turut disertai paduka anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. ACM merupakan muzium negara purba Asia serta seni hiasan Singapura dengan satu-satunya muzium di Asia bercirikan skop pan-Asia, selain turut memberi tumpuan mengenai sejarah dalam aspek budaya dan tamadun…

Read More

Langkah Sheraton bukan pengkhianat

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan mengatakan beliau dan kumpulannya sebagai pengkhianat kerana terbabit dalam ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020. Sebaliknya, beliau menegaskan pengkhianat sebenar adalah pihak yang terbabit dalam dua langkah politik lain iaitu Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson. Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, pihak yang terbabit dalam kedua-dua langkah politik itu adalah pengkhianat sebenar, selepas wakil rakyat yang masih berkhidmat dipaksa meletakkan jawatan bagi memenuhi ‘nafsu serakah seseorang’. Langkah Kajang merujuk pada rancangan menjadikan Presiden PKR, Anwar…

Read More

Mengenali Rishi Sunak

LONDON: Rishi Sunak, 42 menjadi Perdana Menteri Britain pertama membabitkan pemimpin dari luar selepas memenangi persaingan untuk memimpin Parti Konservatif. Sunak menggantikan Liz Truss yang berundur selepas hanya enam minggu (44hari) memegang jawatan Perdana Menteri berikutan pelan ekonominya menggugat pasaran kewangan dan menaikkan kos sara hidup pengundi. Dilahirkan pada 12 Mei 1980, Sunak adalah anak sulung daripada tiga beradik, berasal dari Southampton tetapi mempunyai beberapa rumah termasuk di Kensington, Yorkshire Utara, Santa Monica, California, dan sebuah flat di tengah London. Ibu bapanya beragama Hindu dan berketurunan Punjabi, bapa Rishi ialah…

Read More

Keyakinan, kestabilan ekonomi agenda utama

LONDON: Rishi Sunak yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain tidak gentar dengan skala cabaran yang sedang menanti sebaliknya berikrar untuk menerajui negara ini mengharungi krisis ekonomi dan membina semula kepercayaan dalam politik. Beliau yang menerima titah Raja Charles III untuk membentuk kerajaan baharu hari ini, berjanji untuk memfokus pada aspek keyakinan dan kestabilan ekonomi sebagai agenda utamanya berbanding politik. Pemimpin termuda menerajui pentadbiran negara ini dalam tempoh lebih 200 tahun itu memikul tugasan getir untuk menamatkan perbalahan politik serta menangani isu perubahan radikal dalam dasar yang dilapor telah menakutkan…

Read More

PM ucap tahniah kepada PM baharu Britain

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Rishi Sunak yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) baharu, hari ini. Ucapan itu disampaikan kepada pemimpin Parti Konservatif itu, menerusi satu surat yang ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam ucapan tahniah itu, Ismail Sabri antara lain menyatakan penghargaan mengenai hubungan antara kedua-dua negara, yang terjalin selama 65 tahun dan berharap dapat menjalin kerjasama rapat dengan Sunak untuk terus meneroka potensi hubungan Malaysia-UK. Malaysia dan UK menikmati hubungan yang mesra dan produktif, disokong oleh kerjasama dalam…

Read More

Penerima VSS bukan pemiutang UMMB

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang terbabit Skim Pemisahan Sukarela (VSS) empat tahun lalu berhak mendapatkan baki bayaran penyelesaian hasil jualan hartanah milik syarikat dan anak syarikatnya. Hakim Mahkamah Tinggi, Nadzarin Wok Nordin, hari ini, memutuskan penerima VSS dan anak syarikatnya adalah benefisiari harta amanah dan bukan pemiutang UMMB. “Berkaitan pelaksanaan VSS, UMMB, anak syarikat dan syarikat berkaitannya boleh diklasifikasikan sebagai entiti ekonomi tunggal. “Mahkamah berpendapat penerima VSS adalah benefisiari harta amanah dan mereka tidak terbabit dalam proses likuidasi dan berhak mendapat manfaat…

Read More

Sunak terima titah ‘ganti’ Truss

LONDON: Rishi Sunak, 42,  menerima titah membentuk kerajaan baharu selepas Raja Charles III menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Britain secara rasmi daripada Liz Truss yang memimpin negara itu dalam tempoh paling singkat. Sunak yang menempa sejarah sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, menghadap Raja Charles III di Istana Buckingham. Beliau juga merupakan pemimpin termuda menerajui pentadbiran negara ini dalam tempoh lebih 200 tahun. Sunak dijangka memulakan pelantikan anggota Kabinet dengan segera, sekali gus bersiap siaga memfokus tugasan penuh mencabar untuk menangani krisis ekonomi yang menyebabkan jutaan…

Read More

Komponen PH, PN tak sepakat guna logo

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Keputusan parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan mereka tiada kesepakatan politik. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia juga antara anasir senyap yang membawa kepada pembentukan kerajaan tidak stabil dan caca marba. “Tiada kesepakatan dan kebersamaan antara mereka walaupun pada perkara yang asas iaitu penggunaan logo. Jelas memberi mesej mereka ini sanggup `tidur sebantal’ demi merebut kuasa, tetapi `mimpi adalah lain-lain’. “Pada akhirnya yang menjadi mangsa kepada ketidakstabilan…

Read More

Tak lantik jika tahu Thomas berat sebelah

PUTRAJAYA 25 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak akan memilih Tommy Thomas sebagai Peguam Negara jika tahu peguam itu seorang yang berat sebelah. Beliau berkata, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya memilih Thomas kerana ketika itu berpandangan beliau seorang yang ‘saksama dan mematuhi kedaulatan undang-undang’. Bagaimanapun, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengakui pandangan berkenaan berubah selepas Thomas menulis memoir kontroversinya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’. “Selepas menulis buku itu, beliau mula menyuarakan pandangannya, namun pelantikan beliau dibuat sebelum buku itu ditulis. Kami tahu…

Read More

2,010 PPS bertindih pusat mengundi

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan mengenal pasti 2,010 pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat mengundi yang bertindih di seluruh negara, kata Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Berikutan itu, beliau berkata, pengasingan akan dilakukan sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perdana Menteri berkata, ada sebanyak 6,010 PPS di seluruh negara di mana ada yang bertindih dengan pusat pengundian, iaitu akan digunakan sebagai PPS dan pusat mengundi. Bagaimanapun, Ismail Sabri memberi contoh, jika sekolah ada tiga blok, boleh diasingkan tempat mengundi dengan PPS. Biasanya sekolah akan…

Read More