2,231 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam  naik kepada 2,231 termasuk enam kes import berbanding hari sebelumnya sebanyak 2,090 kes.

Menurut data di portal KKMNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,825,183 dengan kes import 38,274.

Data juga menunjukkan sebanyak lima kes kematian dicatat semalam termasuk satu kematian luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah kematian 36,415 termasuk 7,742 BID.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara kini berjumlah 23,557 iaitu pertambahan 753 kes dengan 95.7 peratus atau 22,547 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, PKRC manakala, 976 pesakit mendapat rawatan di hospital termasuk 34 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, di mana 21 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula bertambah 1,473 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,803,485 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment