TH: Polis ambil keterangan 127 individu

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Polis mengambil keterangan 127 individu bagi membantu siasatan kes membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk isu berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, berkata beberapa individu lagi akan dipanggil memberi keterangan, termasuk saksi dari luar negara.

Katanya, setakat ini, polis membuka lima kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata, PDRM komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, mana-mana pihak yang didapati terbabit sebarang perlakuan jenayah, akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Rusdi juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan, kerana ia boleh mengelirukan masyarakat dan berpotensi menjejaskan proses siasatan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment