TH: Polis ambil keterangan 127 individu

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Polis mengambil keterangan 127 individu bagi membantu siasatan kes membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk isu berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, berkata beberapa individu lagi akan dipanggil memberi keterangan, termasuk saksi dari luar negara. Katanya, setakat ini, polis membuka lima kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Beliau berkata, PDRM komited memastikan…

Read More

Roboh kuil tiada kaitan politik

KANGAR 21 OgosĀ  – Isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di sini, semalam, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana agenda kepartian sebaliknya perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata apa yang berlaku dalam proses perobohan berkenaan adalah tindakan berkaitan penguatkuasaan yang berlandaskan undang-undang sah. “Apa yang berlaku di Perlis bagi saya tiada kaitan parti politik dan saya bukan pendukung mana-mana parti politik. Apa yang berlaku ialah pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang. Kita berada di negara yang ada undang-undang, bukan di hutan…

Read More