PN gesa RCI baharu siasat semula TH

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi melakukan siasatan semula ke atas Lembaga Tabung Haji (TH) bermula dari 2018 hingga kini.

Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana dapatan laporan RCI mengenai TH sebelum ini, digunakan sebagai alat manipulasi untuk memberi gambaran agensi itu terjerumus dalam skandal kewangan.

Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung Pas itu berkata, isu berbangkit ketika ini adalah manipulasi terhadap TH, kononnya bagi menggambarkan kerosakan dalam institusi kewangan Islam negara yang dibuat secara berlebih-lebihan.

Beliau juga mendakwa, terdapat kesalahan fakta dalam sesi penggulungan RCI mengenai TH oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat sebelum ini, yang memberi gambaran beliau tidak faham isu berkaitan agensi berkenaan

“Kita tidak menafikan mungkin ada kesalahan teknikal yang boleh dibaiki tetapi ia tidak (boleh digunakan sebagai) serangan yang menyebabkan dan menggambarkan TH sudah terjumus dalam skandal begitu besar

Saya bersetuju dengan cadangan peserta forum supaya RCI mengenai TH ditubuhkan semula untuk menyiasat kedudukan TH dari 2018 hingga kini.

Justeru, kerajaan digesa wujudkan RCI baharu terhadap pentadbiran dan pengurusan TH, bermula dari tempoh akhir RCI terdahulu hingga kini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional 2.0 – Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH di sini, hari ini.

Turut hadir pada forum itu adalah Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Wanita UMNO, Dr Noraini Ahmad; Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi dan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment