Pengiktirafan kepentingan penjagaan kesihatan.

KUALA LUMPUR7 Okt. –  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan peruntukan RM36.139 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini adalah satu pengiktirafan kepada kepentingan penjagaan kesihatan. Katanya, peruntukan sebanyak RM31.50 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM4.639 billion untuk belanja pembangunan adalah selari dengan aspirasi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sebagai satu keutamaan kerajaan. Beliau berkata, peruntukan itu adalah pertambahan sebanyak RM3.729 billion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2022. “Peruntukan ini antara peningkatan jumlah perbelanjaan terbesar dalam kalangan kementerian jika dibandingkan dengan keseluruhan…

Read More

Intipati bajet 2023

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini. Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang membabitkan peruntukan RM372.3 bilion akan dipandu oleh agenda 3R – Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis. Ini adalah bajet kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 September tahun lalu. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan…

Read More

Ibu lahir anak 2023 dapat RM500

KUALA LUMPUR: Di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bantuan itu disediakan dengan peruntukan sebanyak RM150 juta. Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan pada masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu dari isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023 akan diberikan bantuan RM500 secara one-off. Jadi saya rasa masih…

Read More

Bajet responsif, bertanggungjawab, reformis

KUALA LUMPUR 7 Okt. – : Bajet 2023 akan berpegang kepada prinsip 3R, iaitu responsif, ‘responsible’ (bertanggungjawab) dan reformis, dengan sasaran memperkukuh momentum pemulihan ekonomi; memperkukuh daya tahan ekonomi dan melaksanakan pembaharuan menyeluruh. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dengan jumlah keseluruhan RM372.3 bilion, Bajet 2023 akan memberi jaminan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan kemakmuran ekonomi serta kecekapan perkhidmatan kerajaan. Peruntukan itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 dengan RM332 bilion dan Bajet 2021 dengan peruntukan RM322 bilion. Ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini,…

Read More

Singapura tarik balik Mie Sedap

SINGAPURA:Dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia iaitu mi segera Sup Pedas Korea dan mi segera Ayam Pedas Korea ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak. Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu. Produk Korean Spicy Chicken yang terjejas mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023, manakala produk Korean Spicy Soup yang terjejas tamat tempoh pada 17 Mac tahun depan.…

Read More

India siasat sirap ubat batuk

NEW DELHI: Pihak berkuasa India sedang menyiasat sirap ubat batuk yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal tempatan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa pihak itu bertanggungjawab ke atas kematian 66 kanak-kanak di Gambia. Kementerian Kesihatan India lewat semalam dimaklumkan mengenai penemuan WHO yang diperoleh bulan lalu dan kini sedang menunggu keputusan ujian makmal sendiri terhadap empat produk itu. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini mengeluarkan amaran empat ubat batuk dan selesema yang dikeluarkan Maiden Pharmaceuticals di utara negeri Haryana boleh mengakibatkan kecederaan buah pinggang akut. Menurut WHO, hasil ujian…

Read More

Kali ketiga bentang bajet

KALI ketiga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjadi pembentang bajet selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022. Sebelum melangkah keluar Kementerian Kewangan, beliau serta timbalannya mengaminkan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi Kementerian Kewangan. Beliau yang mengenakan baju Melayu biru turquoise kemudiannya menuju ke Parlimen bersama beg hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023. Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Read More

60 peratus calon BN Johor muka baharu

PONTIAN 7 Okt. – Sebanyak 60 peratus calon Barisan Nasional (BN) Johor yang akan bertanding di 26 kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah muka baharu, kata Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad. Beliau berkata pihaknya sedang giat melakukan proses penyenaraian calon sebelum ia dimuktamadkan pada hujung minggu ini. “BN Johor kini dalam proses akhir mengenal pasti calon untuk dipertandingkan di 26 kerusi Parlimen negeri ini pada PRU15. UMNO dijangka bertanding 17 kerusi, MCA lapan, manakala MIC pula satu kerusi,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media…

Read More

Ahli MPT Bersatu keluar parti

PETALING JAYA 7 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang juga antara pengasas parti mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu itu menghantar surat rasmi peletakan jawatannya kepada semalam. Menurut Rais Hussin, beliau tidak lagi aktif dalam parti itu sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak memberi perhatian kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik. “Walaupun bukan lagi ahli Bersatu, saya akan meneruskan perjuangan untuk negara yang lebih baik…

Read More