Kali ketiga bentang bajet

KALI ketiga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjadi pembentang bajet selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Sebelum melangkah keluar Kementerian Kewangan, beliau serta timbalannya mengaminkan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi Kementerian Kewangan.

Beliau yang mengenakan baju Melayu biru turquoise kemudiannya menuju ke Parlimen bersama beg hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Related posts

Leave a Comment