India siasat sirap ubat batuk

NEW DELHI: Pihak berkuasa India sedang menyiasat sirap ubat batuk yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal tempatan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa pihak itu bertanggungjawab ke atas kematian 66 kanak-kanak di Gambia.

Kementerian Kesihatan India lewat semalam dimaklumkan mengenai penemuan WHO yang diperoleh bulan lalu dan kini sedang menunggu keputusan ujian makmal sendiri terhadap empat produk itu.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini mengeluarkan amaran empat ubat batuk dan selesema yang dikeluarkan Maiden Pharmaceuticals di utara negeri Haryana boleh mengakibatkan kecederaan buah pinggang akut.

Menurut WHO, hasil ujian makmal mendapati produk terbabit mempunyai tahap bahan cemar yang tidak boleh diterima yang berpotensi mengancam nyawa.

Katanya lagi, produk itu berkemungkinan sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat.

Katanya lagi, syarikat itu tidak mempunyai lesen untuk mengedarkan empat produk itu di India dan hanya mengeluarkan dan mengeksportnya ke Gambia.

“Menjadi amalan biasa negara pengimport menguji produk yang diimport ini pada parameter kualiti dan berpuas hati dengan kualiti produk itu,” kata kenyataan kementerian itu.

Related posts

Leave a Comment