Intipati bajet 2023

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang membabitkan peruntukan RM372.3 bilion akan dipandu oleh agenda 3R – Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

Ini adalah bajet kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 September tahun lalu.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion. Kategori baharu BKM diperkenal, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima anak atau lebih layak terima RM2,500.

Tawaran kredit e-dompet RM100 diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula M40.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.

Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus

Suruhanjaya Sekuriti akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak tahun depan diberi bantuan tunai sekali bayar RM500 menerusi inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia.

Majikan yang menggaji belia menganggur lebih tiga bulan berumur 18 hingga 30 tahun diberi insentif penggajian di bawah PERKESO.

Kemudahan pinjaman RM305 juta disediakan melalui SME Bank, TEKUN, Mara, BSN dan Agrobank khusus untuk anak muda berniaga.

Kerajaan tanggung bayaran dapatkan lesen teksi, bas, e-hailing, ujian lesen motosikal kelas B2 untuk bantu kumpulan B40 khususnya belia jana pendapatan.

Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.

Kerajaan tanggung 80 peratus nilai caruman PERKESO untuk kurangkan beban golongan yang bekerja sendiri. Had caruman sukarela KWSP dinaikkan kepada RM100,000 setahun.

Program i-Saraan dilanjutkan tahun depan, caruman padanan ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM300,000.

Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000.

Kerajaan peruntukan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi meminimumkan kos sara hidup.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan. Pelepasan cukai hingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024

Related posts

Leave a Comment