Bajet 2023 dijangka dibentang Jumaat

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Bajet 2023 dijangka dibentangkan seperti dijadualkan petang esok oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kenyataan Istana Negara malam ini tidak menyebut sebarang isu berkaitan pembubaran Dewan Rakyat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Istana Negara melalui Facebook malam ini, memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet petang semalam. “Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana…

Read More

Pas masih berharap perpaduan UMNO, Bersatu

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang, masih berharap penyatuan semula UMNO dan Bersatu dapat dijayakan demi mempertahankan kepemimpinan Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini. Beliau berkata, perpaduan gabungan parti terbesar Melayu Islam itu perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengambil kira kejayaan kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN). “Pas sangat mengharapkan supaya perpaduan yang berjaya diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran PN bersama parti-parti dari Sabah dan Sarawak, bergabung bagi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam dan Bumiputera. “Hasil gabungan ini telah berjaya menjatuhkan PH dan…

Read More

Peluang jadi calon PRU wakili PKR

PETALING JAYA 6 Okt. – Jika anda berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PKR membuka peluang itu dengan mengemukakan permohonan bermula hari ini sehingga tarikh akhir Khamis depan. Permohonan terbuka kepada ahli, pemimpin dan mana-mana individu yang layak untuk mencalonkan diri sebagai calon. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu diambil selepas parti berpandangan proses pencalonan sedia ada perlu dirombak dan ditambah baik, bagi memastikan hanya calon memenuhi kriteria dan layak boleh diketengahkan. Beliau berkata, permohonan secara dalam talian itu dijangka menarik minat kira-kira 10,000 individu…

Read More

Banjir: Agong prihatan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pagi ini tidak membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut sama dalam lawatan itu berkata, baginda cakna terhadap kesejahteraan rakyat, “Baginda hanya minta pandangan isu ini secara biasa bukan (sebab) PRU namun sebab kita memang berdepan Monsun Timur Laut, tiada perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sesi sembah taklimat di Pusat Ramalan dan…

Read More

PM selesai menghadap, tiada kenyataan

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan selepas Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob  meninggalkan Istana Negara setelah kira-kira satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau yang menaiki Toyota Vellfire keluar pada pukul 4.45 petang dan hanya melambai tangan ke arah pengamal media yang menunggu di Pintu Satu, Istana Negara.. Terdahulu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendi Buang memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul  2.07 petang. Kira-kira 100 media tempatan dan antarabangsa berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara di sini seawal pukul 7.30 pagi…

Read More

GPS tunggu ‘beduk’ dibunyikan

KUCHING 6 Okt. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mempersiapkan calon terbaik untuk ditampilkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusinya, Abang Johari Abang Openg. Beliau berkata pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu ‘beduk’ dibunyikan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, untuk pilihan raya diadakan. “GPS akan menghantar wakil rakyat hebat-hebat ke Parlimen pada pilihan raya akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dan Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Semeba dan Kampung Tematu, hari ini. Abang Johari yakin…

Read More

Perbalahan mufti, agamawan bukan tontonan awam

SHAH ALAM 6 Okt. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah supaya perbezaan pendapat antara mufti dan agamawan hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak dibawa keluar daripada perbincangan. Baginda menasihatkan para mufti supaya  menghindarkan diri daripada perbalahan agama di ruang awam, lebih-lebih lagi jika isu berbangkit telah diputuskan secara bersama dalam ruang muzakarah. “Perbalahan di antara mufti dan agamawan tidak seharusnya menjadi tontonan orang awam, kerana ia hanya akan merendahkan kewibawaan ulama itu sendiri. “Sewajarnya, perbezaan pendapat ulama ini hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak dibawa keluar…

Read More

Kuasa bubar MPN pada kerajaan

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Hanya Jemaah Menteri dan kerajaan berkuasa membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata. Katanya, MPN ditubuhkan pada 21 Julai 2021 oleh Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian Kewangan. “Sepanjang tahun 2022, MPN bermesyuarat sebanyak sembilan kali dan mencadangkan pelbagai cadangan dan inisiatif utama,” katanya dalami jawapan bertulis di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang…

Read More

PRU cari kerajaan stabil hadapi ekonomi 2023

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan campuran ketika ini menyaksikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati, malah diserang dan cuba dilemahkan anggota pentadbiran parti lain. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan stabil dan kukuh yang mampu bergerak sehaluan dalam mengatur langkah serta strategi berkesan untuk melindungi Malaysia daripada impak buruknya. Katanya, sejarah Malaysia sesudah PRU14 berakhir pada 9 Mei 2018 membuktikan tiada gabungan politik selain BN memilki kemampuan tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok…

Read More

Tanduk badak S$1.2 juta dirampas

SINGAPURA 6 Okt. – Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi, semalam yang dianggarkan bernilai sekitar S$1.2 juta. Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee melalui hantaran Facebooknya memberitahu, tanduk badak seberat 34 kilogram itu dalam perjalanan ke Laos dari Afrika Selatan. Katanya, rampasan itu yang terbesar di Singapura setakat ini dan pemiliknya ditahan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, NParks dalam kenyataan semalam memberitahu, bahagian keselamatan lapangan terbang dan unit K9 mengesan 34 kilogram tanduk badak di dalam dua buah bagasi. NParks memaklumkan…

Read More