Bajet 2023 dijangka dibentang Jumaat

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Bajet 2023 dijangka dibentangkan seperti dijadualkan petang esok oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Kenyataan Istana Negara malam ini tidak menyebut sebarang isu berkaitan pembubaran Dewan Rakyat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Istana Negara melalui Facebook malam ini, memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet petang semalam.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan dua perenggan itu.

Related posts

Leave a Comment