1,915 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Sept. – Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,915 kes baharu direkodkan Indonesia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,427,764 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020. Daerah Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 695 kes diikuti Jawa Barat 372, Banten 208, Jawa Timur 190 dan Jawa Tengah 98 dengan kes aktif pula meningkat kepada 19,185. Sebanyak 19 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,076 kematian manakala jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 6,250,503 termasuk 1,884 kes baharu. Sementara itu, pemerintah memberitahu setakat pukul 5.29…

Read More

Anwar bertanding kawasan ‘pengkhianat’

PETALING JAYA 28 Sept. –  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Kenyataan itu membayangkan bahawa Ketua Pembangkang itu kemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Port Dickson yang disandang sekarang. “Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima). “Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sebuah hotel, di…

Read More

Kes harian di Thailand cecah 811

BANGKOK 28 Sept. – Selepas dua hari merekodkan kes harian Covid-19 di bawah 400, jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini di Thailand melonjak kepada 811 kes berbanding 351 semalam dan 319 pada hari sebelumnya. Kesemua kes baharu itu adalah jangkitan tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,679,833 kes termasuk 2,456,398 yang dilaporkan tahun ini. Dalam tempoh 24 jam juga, sembilan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,745 orang termasuk 11,047 kematian tahun ini. Sementara itu bagi tempoh yang…

Read More

Pelitup muka dalam pesawat mansuh

PUTRAJAYA 28 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang, berkuat kuasa serta-merta, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin hari ini. Bagaimanapun, katanya dalam satu kenyataan hari ini, individu berisiko tinggi dan bergejala digalakkan memakai pelitup muka ketika menaiki kapal terbang. Bekiau berkata, kementerian amat menggalakkan individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta berisiko tinggi seperti warga tua, orang berpenyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu hamil memakai pelitup muka dalam kapal terbang. Begitu juga mereka yang mengembara bersama orang yang berisiko…

Read More

Jangka hayat turun kepada 73.4 tahun

PUTRAJAYA 28 Sept. – Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lalu. Menurut Jabatan Perangkaan hari ini, statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 mencatatkan penurunan sejak 2020 yang disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19. Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022. Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup hingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021)…

Read More

Zahid ulangi gesaan bubar MPN

SEPANG 28 Sept. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi desakan supaya Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan susulan fungsinya yang tidak jelas dan tidak perlu. Katanya, MPN yang diterajui  Muhyiddin Yassin juga bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi-agensi Kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana. Selain itu, katanya, jemaah menteri pula sentiasa menyelaras fungsi agensi dan membawa sebarang dasar dicadangkan di peringkat kementerian untuk dipertimbangkan Kabinet sebelum dilaksanakan. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu antara lain menegaskan…

Read More

Bliese sasar jualan empat juta botol wangian

SHAH ALAM – Bliese (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Bliese, menyasarkan jualan empat juta botol wangian badan inovasi baharu menjelang akhir tahun 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Suhaimi Saiful. Beliau berkata, wajah baharu EDP (Eau De Parfum) dengan botol baharu ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan dengan meningkatkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml. Majlis pelancaran inovasi baharu itu berlangsung baru-baru ini sempena ulang tahun ketiga Bliese. “Penambaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik…

Read More

Tiada cadangan UMNO PRU masa banjir

SEPANG 28 Sept. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Reezal Merican Naina Merican menjelaskan bahawa UMNO mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum banjir. Katanya, adalah tidak benar andaian sesetengah yang.menyatakan UMNO akan mengadakan PRU15 pada musim banjir . Menurut Reezal, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataannya sebelum ini turut mencadangkan PRU15 diadakan sebelum berlaku banjir dan bukan ketika banjir. “Kita tidak mahu rosakkan parti UMNO untuk mengadakan PRU15 pada musim banjir kerana rakyat juga tahu parti ini banyak membantu mereka ketika berhadapan banjir,” katanya…

Read More

Surat kerabat diraja Saudi dirujuk

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Surat yang didakwa daripada Kerabat Diraja Arab Saudi dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi hari ini yang kandungannya menyatakan wang tunai AS$100 juta dihadiahkan kepada Najib Razak sebagai menghargai sumbangannya kepada dunia Islam. Pasukan pembelaan merujuk surat itu kepada saksi ke-37 pendakwaan, iaitu Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi ketika disoal balas oleh peguam bela Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed. Surat terbabit menyatakan, ia dikirimkan Abdulaziz bin Majid Al Saud yang juga bekas Gabenor Wilayah Madinah, dan menyebut hadiah berkenaan bagi meraikan…

Read More

Santapan malam simposium tekstil

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara semalam. Keberangkatan tiba Seri Paduka, yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Turut hadir 400 tetamu terdiri daripada pereka fesyen tempatan dan delegasi penggiat tekstil dari 13 negara yang mengambil…

Read More