1,915 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Sept. – Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,915 kes baharu direkodkan Indonesia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,427,764 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020.

Daerah Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 695 kes diikuti Jawa Barat 372, Banten 208, Jawa Timur 190 dan Jawa Tengah 98 dengan kes aktif pula meningkat kepada 19,185.

Sebanyak 19 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,076 kematian manakala jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 6,250,503 termasuk 1,884 kes baharu.

Sementara itu, pemerintah memberitahu setakat pukul 5.29 petang semalam, sebanyak 204,545,913 atau 87.16 peratus penduduk sudah mendapatkan dos pertama dan 171,147,987 atau 72.93 peratus mendapatkan dos kedua.

Bagi dos ketiga atau penggalak pula, jumlah penerima adalah sebanyak 63,428,702 atau 27.03 peratus diikuti dos keempat sebanyak 606,826 atau 41.32 peratus

Pemerintah menetapkan sasaran vaksinasi sebanyak 234,666,020 orang yang meliputi pekerja kesihatan, warga tua, pekerja awam, masyarakat rentan dan masyarakat umum termasuk anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun.

Related posts

Leave a Comment