Bliese sasar jualan empat juta botol wangian

SHAH ALAM – Bliese (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Bliese, menyasarkan jualan empat juta botol wangian badan inovasi baharu menjelang akhir tahun 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Suhaimi Saiful.

Beliau berkata, wajah baharu EDP (Eau De Parfum) dengan botol baharu ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan dengan meningkatkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml.

Majlis pelancaran inovasi baharu itu berlangsung baru-baru ini sempena ulang tahun ketiga Bliese.

“Penambaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ dan ‘Intense’.

Menurut Suhaimi, sebanyak 20,000 unit terjual dalam masa hanya 45 minit selepas pelancaran dilakukan.

Sempena ulang tahun ketiga Bliese juga, seramai 60 orang Leader Bliese  terdiri daripada dua peringkat tertinggi iaitu ‘Pioneer dan Master Stockist’ dari seluruh negara hadir menyertai program sambutan di sini selama dua hari.

Dengan slogan #MelangkahLebihBerani bagi meningkatkan lagi semangat Usahawan Bliese, fokus utama syarikat wangian tempatan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2023.

Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia.

CAPTION

SUHAIMI SAIFUL (lima dari kiri) menunjukkan botol baharu wangian Bliese sempena pelancaran dan ulang tahun ketiga Bliese (M) Sdn Bhd.

Related posts

Leave a Comment