Kes harian di Thailand cecah 811

BANGKOK 28 Sept. – Selepas dua hari merekodkan kes harian Covid-19 di bawah 400, jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini di Thailand melonjak kepada 811 kes berbanding 351 semalam dan 319 pada hari sebelumnya.

Kesemua kes baharu itu adalah jangkitan tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,679,833 kes termasuk 2,456,398 yang dilaporkan tahun ini.

Dalam tempoh 24 jam juga, sembilan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,745 orang termasuk 11,047 kematian tahun ini.

Sementara itu bagi tempoh yang sama sebanyak 674 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 4,640,560 orang manakala jumlah yang mendapatkan rawatan sebanyak 6,528 orang.

Related posts

Leave a Comment