GENEVA 23 Sept. – “Pandemik (Covid-19) belum berakhir, namun sudah nampak pengakhirannya… Dapat melihat penghujungnya tidak bermakna kita berada di penghujung,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau berkata pandemik itu masih menyebabkan 10,000 kematian setiap minggu, kebanyakannya boleh dicegah, manakala jurang vaksinasi yang besar berlaku, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana. “Ini bermakna semua orang perlu menggunakan, apabila perlu, alat mudah yang tersedia untuk kekal selamat, penjarakan sosial, pelitup muka serta pengudaraan. Ini bermakna semua orang memerlukan akses kepada alat perubatan untuk kekal selamat:…
Read MoreDay: September 23, 2022
Polis pengiring jaga keselamatan 2 bekas PM
TANJONG 23 Sept. – Dua beradik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra, mendapat khidmat polis pengiring sebagai langkah menjaga keselamatan ‘orang berkepentingan’. Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata khidmat anggota pengiring diberikan bagi menjaga keselamatan dua beradik itu sepanjang tempoh mereka bercuti di negeri ini. “Khidmat polis pengiring diberi memandangkan risiko kemungkinan terdapat orang yang berniat tidak baik, mengambil kesempatan. “Polis menjalankan tugas menjaga keselamatan, jadi ia tidak perlu dijadikan isu atau dipolitikkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur…
Read More“Saya diaib, dimalukan, ditelanjangkan”
SHAH ALAM 23 Sept. – “Saya telah diaibkan, saya telah dimalukan, malah saya telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan,” Itu reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. “Saya telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’,” katanya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, membebas dan melepaskan Ahmad Zahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi kesemua 40 tuduhan terhadap beliau. Ahmad Zahid menyifatkan sejak hari pertama dituduh menerima suapan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), Presiden UMNO itu yakin bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara tersebut.…
Read MoreTiga saksi tidak boleh dipercayai
SHAH ALAM 23 Sept. – Tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN) tidak boleh diharap, tidak boleh dipercayai dan tidak berwibawa. Saksi-saksi itu adalah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khiun (saksi pendakwaan ke-15), Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (saksi pendakwaan ke-16) dan bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun (saksi pendakwaan ke-17). Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya setebal lebih 100 muka…
Read MoreAhmad Zahid lepas dan bebas 40 tuduhan
SHAH ALAM 23 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Yazid Mustafa memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Menurut Mohd Yazid, selepas menimbangkan semua…
Read MoreKerajaan stabil tanpa dominasi UMNO
KUALA NERUS 23 Sept. – Kerajaan campuran mungkin lebih stabil sekiranya UMNO tidak mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sesebuah negeri seperti berlaku di Melaka dan Johor yang terpaksa mengadakan pilihan raya negeri (PRN). Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PRN Melaka dan Johor berlaku disebabkan kerusi DUN di negeri itu didominasi oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kalangan UMNO masih mengamalkan perangai lama iaitu akan melarikan diri daripada terus berada dalam kerajaan campuran menyebabkan PRN terpaksa dilakukan. “Kerajaan…
Read MorePRU-15 : Pas kini di ‘gear’ terakhir
KUALA NERUS 23 Sept. – Pas menjangkakan pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan selesai dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, satu perbincangan sudah dilakukan sebelum ini namun tiada keputusan muktamad mengenai pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi. Bagaimanapun, beliau yakin isu pembahagian kerusi itu akan diselesaikan selepas beberapa pertemuan diadakan bersama semua pimpinan yang berada dalam PN. “Saya rasa dalam PN ini kita mudah untuk selesai masalah…
Read MoreBerita pilihan….
Covid-19 endemik Thailand mulai Oktober
BANGKOK 23 Sept. – Mulai bulan depan, Thailand mengklasifikasikan pandemik Covid-19 sebagai endemik selepas mengambil kira perkembangan penyakit itu di dalam dan juga di peringkat global. Menurut laporan media tempatan, Covid-19 akan diklasifikasikan sebagai ‘penyakit berjangkit di bawah pengawasan’ daripada ‘penyakit berjangkit berbahaya semasa’ berkuat kuasa 1 Oktober. Langkah itu yang diluluskan Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCDC) membawa kepada peralihan besar negara itu ke arah normalisasi. Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul, berkata situasi global Covid-19 telah bertambah baik berdasarkan penurunan jangkitan dan kematian, dengan kadar populasi tinggi yang diberi…
Read MoreKit mudah kesan imuniti Covid-19
SINGAPURA 23 Sept. – Kit ujian darah yang dihasilkan oleh sekumpulan saintis tempatan berupaya mengetahui sama ada seseorang mempunyai imuniti terhadap Covid-19 dalam masa 10 minit, dengan tahap ketepatan sehingga 93 peratus. Kit tersebut memerlukan hanya setitik darah dan berupaya mengesan sama ada seseorang itu mempunyai antibodi melawan SARS-CoV-2 – virus penyebab Covid-19 dalam masa 10 minit, berbanding 24 hingga 72 jam bagi ujian makmal konvensional. Menurut para saintis, ujian ini mudah untuk disesuaikan bagi varian-varian baharu dan penyakit-penyakit lain pada masa akan datang, serta menyifatkan ujian tersebut sebagai “rendah…
Read More