RUU kawalan tembakau dijangka lulus

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kementerian Kesihatan yakin Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang membawa agenda Generasi Penamat (GEG) kepada tabiat merokok bakal diluluskan Dewan Rakyat pada sidang akan datang. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin RUU yang sebelum ini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen, bakal mempunyai pindaan selepas ia mengambil kira cadangan dikemukakan ahli jawatankuasa. Beliau berkata, JPK sudah bermesyuarat tiga kali dan satu lagi akan diadakan pada minggu depan. Secara dasarnya majoriti daripada Ahli Parlimen bersetuju dengan RUU itu malah dalam surat yang ditulis oleh…

Read More

Ada pertimbangan sebelum fasa endemik

PUTRAJAYA 22 Sept. – Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum Malaysia boleh memasuki Fasa Endemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Katanya, pengumuman Covid-19 sebagai endemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan pertimbangan dan persediaan sebaiknya bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga peringkat antarabangsa. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, mengambil kira setiap aspek bagi memastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh. “Malaysia akan memasuki fasa endemik) … apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 memasuki fasa endemik. Pada masa ini, ia masih diisytiharkan sebagai…

Read More

Muda tetap kerjasama dengan PH

JOHOR BAHRU 22 Sept. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tetap akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun jika tidak diterima secara rasmi ke dalam gabungan itu. Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muda juga akan menjadikan tiada ‘perlanggaran’ kerusi sebagai objektif utama pada PRU15. “Apa sahaja keputusan kita akan pastikan tidak akan ada pelanggaran kerusi, itu adalah objektif paling utama hadapi PRU15. Jika kita tidak diterima secara rasmi pun dalam PH, kita akan pastikan kerjasama itu masih ada, sekiranyalah, kita beri ruang…

Read More

KKM mohon RM3.4 bilion

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) p mengemukakan Permohonan Insentif Baharu 2023 berjumlah RM3.4 bilion bagi pelaksanaan enam cadangan tahun depan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata permohonan itu dikemuka dan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dalam sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz, pada 30 Ogos lalu. Enam cadangan itu adalah untuk Pengukuhan Program “Healthcare & Wellness’ dengan kos RM738 juta; penambahbaikan dan baik pulih fasiliti kesihatan  RM791.5 juta serta meningkatkan keberkesanan rawatan kesihatan sebanyak RM850 juta. Inisiatif keempat membabitkan penggantian aset perubatan yang kritikal…

Read More

Rasuah timbus negara kaya dalam kemiskinan

SHAH ALAM 22 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, banyak negara yang dianugerahi dengan pelbagai sumber kekayaan tertimbus dalam lumpur kemiskinan dan kemunduran akibat perbuatan rasuah. Titah baginda, kekayaan negara disalah guna dan hasil mahsul lesap dan akibatnya kemunduran terus melanda, kemiskinan terus merebak. Titah baginda rasuah mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara. “Rasuah dikenal pasti sebagai salah satu sebab utama yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada…

Read More

Amalan rasuah pada skala membahayakan

SHAH ALAM 22 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amalan rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Justeru titah baginda, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan segala justifikasi – bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan gajah rasuah di hadapan mata. Titah baginda,  penilaian keadaan rasuah, wajib dilakukan secara jujur – secara ikhlas, secara objektif – secara fakta, dijadikan…

Read More

Thailand boleh mengundi 7 Mei 2023

BANGKOK 22 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum boleh diadakan pada 7 Mei 2023, jika Dewan Rakyat melengkapkan tempoh penuh penggal empat tahun yang tamat Mac tahun depan. SPR Thailand dalam satu kenyataan semalam berkata, calon pada pilihan raya umum akan datang boleh memulakan kempen mereka mulai 24 September iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir, menurut Perlembagaan. Di bawah Seksyen 102 Perlembagaan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac. Pendaftaran pencalonan dijangka bermula dari 3…

Read More

Vaksin bivalen Modena bantu hasil antibodi

SINGAPURA 22 Sept. – Vaksin bivalen Covid-19 oleh Moderna yang bakal digunakan di Singapura sebagai suntikan dos penggalak akan membantu menghasilkan antibodi terhadap varian Omicron BA.4 dan BA.5.! Varian BA.1 dominan di Singapura semasa gelombang awal Covid-19 Omicron, namun jumlah kes BA.4 dan BA.5 sudah pun meningkat. Menurut Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Dr Paul Burton,  syarikat itu mempunyai dua dos penggalak – mRNA-1273.214 yang diterima Singapura, dan mRNA-1273.222. Dos penggalak mRNA 1273.214 menyasarkan sebahagian besarnya versi asli dan varian BA.1. Ia diberi kelulusan di Singapura, Britain, Switzerland, Kesatuan Eropah, Korea…

Read More

Laporan perubatan jika diminta mahkamah

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) hanya boleh mengemukakan laporan perubatan bekas Perdana Menteri,  Najib Razak kepada mahkamah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, langkah itu selari dengan pematuhan tata etika kerahsiaan pesakit yang mana sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah, sekiranya diarahkan berbuat demikian. “Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah). Namun pada masa sama, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta…

Read More