Muda tetap kerjasama dengan PH

JOHOR BAHRU 22 Sept. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tetap akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun jika tidak diterima secara rasmi ke dalam gabungan itu.

Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muda juga akan menjadikan tiada ‘perlanggaran’ kerusi sebagai objektif utama pada PRU15.

“Apa sahaja keputusan kita akan pastikan tidak akan ada pelanggaran kerusi, itu adalah objektif paling utama hadapi PRU15.

Jika kita tidak diterima secara rasmi pun dalam PH, kita akan pastikan kerjasama itu masih ada, sekiranyalah, kita beri ruang kepada Majlis Presiden PH,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media menolak PRU15 ketika banjir di Kampung Kangar Tebrau, di sini semalam.

Semalam, PH dalam satu kenyataan memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa rundingan bagi membincangkan permohonan keanggotaan Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama dengan gabungan itu secara rasmi pada PRU15.

Wakil parti komponen PH yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerima wakil Muda dan PSM untuk perbincangan mengenai penyertaan dalam gabungan itu.

Menurut Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa pihaknya faham sekiranya ada pihak meragui penyertaan Muda dalam PH.

“Hasrat Muda untuk bersama-sama PH bukan baharu, malah sejak awal pendaftaran parti lagi sudah bergerak bersama-sama gabungan tersebut yang mempunyai dasar dan prinsip yang sama,”katanya.

 

Related posts

Leave a Comment